Salam Hormat,Salam Ceria dan Salam 1 Malaysia
Baiklah, kepada anda yang baru cuba nak berjinak-jinak cari pasangan TAHNIAH saya ucapkan. Kerana anda adalah salah seorang yang cuba untuk mengurangkan golongan Andartu/Bujang Terlajak.Juga bagi mereka yang dah lama berkecimpung dalam bidang mengorat,tapi sampai sekarang ni masih lagi tak dapat-dapat tahniah juga saya ucapkan kerana anda telah mencuba, tapi nasib masih belum lagi menyebelahi anda.Mungkin salah cara atau tidak kena pada tempatnya,atau juga yang anda ini memang tidak tahu cara yang betul untuk mengorat.
Bagi mereka yang dikategorikan sebagai golongan remaja pastinya keinginan untuk mempunyai teman istimewa pastinya sudah lama dipendamkan disanubari lagi mungkin sejak di bangku sekolah menengah lagi. Setelah tamat belajar,keinginan yang selama ini dipendamkan pasti akan diteruskan,kerana itulah fitrah hidup bagi setiap insan yang digelar sebagai manusia.Keinginan nak kereta besar dan mewah,gaji besar,rumah besar dan yang paling penting sekali adalah nak hidup berdua,atau lebih senang lagi dipanggil hidup berumahtangga.
Jika disekolah,bagi mereka yang sedang dilamun cinta,mereka ini akan dipanggil sebagai cinta monyet,akan tetapi jika sudah menamatkan zaman persekolahan cinta yang mereka akan cari adalah satu cinta yang amat sejati.Tapi tahukan anda semua bagaimana nak mendapatkan cinta yang sejati dan tulus kerana ini semua tidak ada diajarkan dimana-mana sekolah mahupun diperingkat universiti.Jika disekolah apa yang diajarkan oleh cikgu itu boleh lah kita amalkan atau praktikkan,tetapi bagaimana pula tentang cara nak mengorat kerana ini tidak diajarkan.
Juga bagi mereka yang sudah dikira sebagai otai baik yang lelaki mahupun yang perempuannya, walaupun sudah lama berkecimpung di alam dunia yang penuh global ni,tetapi masih lagi tidak bertemu dengan pilihan hati yang betul-betul sesuai atau paling teruk sekali masih belum jumpa-jumpa lagi.Pelbagai cara sudah dilakukan tetapi masih lagi jawapannya adalah negatif.Pastinya anda akan kecewa bukan?
Jadi “Teknik Hebat Pasti Dapat” yang saya maksudkan adalah,jika anda ingin tahu cara yang betul dan sesuai untuk menonjolkan diri anda supaya setiap mata yang memandang pada anda akan terus terpegun dan terpesona dan cuba untuk mendekati anda,hanya dengan berpandukan cara mengorat yang betul sahaja.
Sedangkan nak belajar memandupun kena pergi ke sekolah memandu,inikan pula nak mengorat? Kenalah belajar cara-cara yang betul dahulukan.Betul tak?..Supaya anda tidak akan membazir masa,tenaga dan yang paling penting sekali adalah RM anda tidak akan terbang melayang begitu sahaja.
Nasihat saya,jika nak menuntut ilmu carilah guru yang sesuai,tapi kalau nak tahu cara mengorat yang betul dan yang paling penting sekali ianya sangat-sangat berkesan cari lah buku yang sesuai.Kerana guru/cikgu tidak ada yang mengajar subjek ini.
Artikel disedut dari http://petuakahwin.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan