Rabu, 13 April 2011

Apakah cara alternatif untuk merawat keputihan?

Anda tahu tak apa itu cuka tuak epal atau lebih glamor bunyinya apple cider vinegar?

Sebenarnya apple cider vinegar ini diperolehi daripada pemeraman buah epal. Ketika proses ini, gula dalam epal akan diuraikan oleh bakteria dan yis dan membentuk cuka. Ia mengandungi asid asetik (seperti cuka-cuka lain), sedikit asid laktik, asid sitrik dan asid malik.

So, apa baiknya untuk kesihatan kita?

Kalau anda nak tahu, apple cider vinegar ini kegunaannya lebih utama dalam kesihatan
berbanding masakan.

Untuk makluman anda, Ia bagus untuk dijadikan bahan nyaktoksik dalam badan (detoksifikasi). Ia boleh menyeimbangkan kandungan asid dan alkali dalam badan yang sering dikaitkan dengan masalah keputihan.

Cuka ini berkesan dalam melawan bakteria dan yis yang sering menyebabkan seseorang
mengalami keputihan.

Ramai pengguna telah memberitahu saya tentang magik cuka tuak epal ini. Kebanyakan dari mereka mendapat hasil yang diinginkan.

Apple cider vinegar memang boleh mengatasi masalah keputihan seseorang. Anda boleh mengamalkan ia setap hari dengan cara meminum ataupun membasuh kawasan vagina menggunakan cuka yang telah dicairkan.

Dan yang lebih menggembirakan, terdapat kajian menunjukkan penggunaan apple cider vinegar ini boleh menurunkan berat badan. So sambil menyelam, minum airlah kata orang.



Kalau anda sememangnya sedang mencari penyelesaian terhadap masalah berat badan dan keputihan, anda boleh cuba mengamalkan apple cider vinegar.

p/s: Apple cider juga sesuai digunakan buat ibu mengandung yang mengalami keputihan.
kerana ia bersifat semulajadi tanpa mengandungi bahan kimia yang berbahaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...