Isnin, 25 April 2011

Apakah anda tahu tentang cara mengorat yang paling power?

Assalamualaikum ,Salam Hormat dan Salam 1 Malaysia

Boleh dikatakan semua orang tahu cara nak mengorat,akan tetapi tidak ramai yang tahu cara mengorat yang betul.Kerana ramai daripada anda telah banyak kali mengalami kegagalan. Masalah ini ramai yang telah mengalaminya kerana bagi mereka mengorat bukanlah satu seni yang harus dipelajari dan diperhalusi.

Seperti anda memandu kereta,hendaklah menggunakan gear satu dahulu sebelum ke gear dua,tiga dan seterusnya ke gear yang keempat.Jika anda terus ke gear empat maka akan rosaklah gearbox anda itu.Oh ya saya bukannya nak berceritakan tentang kereta tetapi jika anda ingin memulakan perkenalan dalam ertikata lain mengorat,anda haruslah mengikut langkah demi langkah (step by step).Jika terus hentam kroma sahaja mana boleh dapat,tetapi jika anda ada RM (Ringgit Malaysia)satu almari muka pecah rumahpun boleh dapat perhatian.

Mengorat itu adalah satu seni yang yang ramai diluar sana tidak mengetahuinya.Kerana seni di dalam mengorat itu susah untuk ditonjolkan melainkan bagi mereka yang betul-betul tahu akan keseniannya. Dan disebabkan itulah mereka yang tahu akan kesenian mengorat ini tidak pernah hampa atau gagal dalam menjayakan misi mereka itu.

Bukan satu atau dua malah mereka ada berbelas-belas spare tyre,kadang-kadang bagi kita yang langsung tidak ada buah hati atau kekasih hati pasti akan merasa pelik bagaimana mereka ini boleh mendapat teman istimewa dengan cara yang begitu mudah sekali.Pada hal muka kebanyakkan dari mereka itu tak lah ok sangat jika dibandingkan dengan anda sendiri.Rahsianya sangat mudah kerana kebanyakkan dari mereka ini memulakannya mengikut langkah-demi langkah.Yang dahulu didahulukan dan yang kemudian di kemudiankan.Barulah ada mata yang akan memandang tanpa berkelip pada anda.

Untuk menjadikan diri kita ini manjadi tumpuan,anda haruslah mencari satu aset yang menarik dan tidak ada pada orang lain.Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa didalam diri kita ini ada satu aura yang boleh menarik tumpuan orang.Untuk mendapatkan aura ini anda haruslah menyelami dan mendalami akan diri anda sendiri.Bagaimana cara nak menyelami dan mendalaminya?



Kesimpulannya, dalam proses belajar mengorat ini,anda seharusnya tahu akan kehendak dan citarasa setiap orang baik lelaki mahupun wanita.Ini akan lebih memudahkan anda untuk meneruskan langkah-langkah yang seterusnya.

Artikel disedut dari http://petuakahwin.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...