Khamis, 24 Julai 2014

Saya percaya membina lemak adalah jauh lebih mudah dari membakar lemak. Anda pun mungkin setuju bukan?

Untuk membakar lemak, anda perlukan motivasi, keinginan dan daya fokus yang tinggi serta konsisten.

Tanpa elemen ini, saya pasti anda sukar untuk mengurangkan lemak-lemak yang ada dibadan anda malah ia mungkin akan makin bertambah.

Tapi tak kan kita nak MENGALAH?

Saya dah jumpa ramai orang yang pada mulanya mereka gagal. Namun mereka terus mencuba dan mencuba buat trial & error akhirnya mereka berjaya menurunkan berat badan.

Sebenarnya CABARAN dan KEGAGALAN ini akan menguatkan lagi semangat anda. Ia akan membuatkan anda terus konsisten mengekalkan berat badan anda setelah berjaya kelak.

Oleh itu, saya nak share dengan anda 5 tip simple supaya anda tahu macam mana nak membakar lemak dengan sempurna. Mungkin ada antara anda pernah dengar tips ini, namun tidak mengapa anggap sahaja ulangkaji ya

1) Lakukan senaman bebanan.

- Kebanyakan diantara kita lebih selesa dengan buat latihan kardio spt berjogging sahaja. Tidak salah,
cuma masukkan sekali latihan bebanan dalam jadual aktiviti anda.

Senaman bebanan dapat meransang pembentukkan otot dibahagian atas badan anda (upper body). Otot2 anda dikawasan tersebut akan makin sensitif terhadap insulin dan seterusnya dapat mengelakkan pembentukkan lemak terutama dikawasan 'belly'.

2) Jangan tinggalkan makan nasi

- Nasi penting untuk tenaga segera anda.

Nasi akan ditukar kepada glukosa. Kehadiran glukosa akan menyebabkan insulin dirembeskan. Insulin akan bawa glukosa kepada otot-otot anda. Sebab otot-otot anda perlukan glukosa untuk membuat aktiviti seperti senaman bebanan.

Dan ia tidak dibawa ke sel lemak untuk ditukar kepada lemak. Kerana anda memerlukan glukosa tersebut. Jika tak guna, barulah ia dibawa ke sel lemak.

3) Diet rendah kalori.

- Kenapa perlu sekat selera makan anda? Tahu tak, badan anda berhak untuk makan. Tak takut ke esok2 badan anda akan 'dakwa' anda sebab sekat makanan berlebihan? hihi

Diet mesti memenuhi keperluan kalori seharian anda. Jangan takut makan lebih kalori sedikit sebab anda akan menggunakan kalori tersebut untuk latihan senaman anda.

Cuma makanan yang anda ambil mestilah berkualiti. Bukan makanan merapu seperti jajan atau makanan yang tinggi minyak dan gula. Fokus kepada 'clean food'...

4) Fokus kepada keperluan protein seharian anda.

- Ini jarang orang ambil berat.

Ada antara kita tak tahu pun berapa protein perlu kita ambil sehari. Protein sangat protein untuk kekalkan jisim otot anda.

Jika kurang protein, otot anda akan mengalami katabolisme. Dimana ini adalah proses penguraian otot anda.

Satu konsep yang perlu anda faham adalah, lebih banyak otot maka lebih tinggi metabolisma.

Untuk mengekalkan otot, lebih banyak tenaga diperlukan. Tenaga ini diperolehi daripada pembakaran kalori.

Paling kurang jumlah protein yang perlu anda ambil sehari adalah 0.8 - 1.0 gram protein per kg berat badan anda.

Sebagai contoh, berat badan anda 70kg. Maka protein yang perlu diambil sehari adalah 70 gram.

5) Jangan bertangguh...

- Selalu jumpa orang yang suka bertangguh untuk melakukan sesuatu terhadap kesihatan diri mereka.

Anda perlu ingat, usia kita semakin hari semakin meningkat. Sistem badan kita pun tidak sama seperti tahun lepas. Jika kita tidak mulakan sekarang, semakin susah untuk kita membakar lemak.

Mulakan azam baru, mula dari sekarang. Aktiviti 'scroll' down di facebook tidak menjanjikan anda membakar lemak malah masa anda terbuang begitu sahaja

Sekian saja tips biasa-biasa saya untuk anda yang nak membakar lemak yang lebih-lebih kat badan tu.

Semoga bermanfaat


p/s: Anda serius nak membakar lemak dengan pantas? Anda boleh dapatkan disini Ebook Terkini
Membakar Lemak Dengan Pantas & Berkesan:

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...