Jumaat, 31 Januari 2014

Caffein bagus untuk bakar lemak?

Disini saya nak share bersama anda beberapa fakta berkaitan caffein...

Caffeine atau kafein adalah bahan aktif yang ada dalam kopi, coffee, coke, pepsi dan juga ada dalam 'energy drink'.

Memang terdapat kajian mengatakan caffeine dapat membantu meningkatkan metabolisma dan seterusnya dapat membakar lemak.

Persoalannya, sejauh manakah kita tahu pasal caffeine ini? Adakah ia selamat?

Atau Kita main minum sahaja. Selamat atau tidak, tak pernah kita ambil tahu.

1) Apa itu caffeine?

- Ia adalah stimulant. Dimana ia meransang otak anda untuk lebih aktif dan lebih fokus.

2) Adakah ia menyebabkan ketagihan?

- Caffeine tidak menyebabkan ketagihan. Ia bukan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Jika anda selalu ambil caffeine dalam dose yang tinggi mungkin anda akan alami sakit kepala, pening, sukar untuk fokus jika tidak mengambilnya.

3) Berapakah dose yang selamat untuk caffeine?

- Dose yang selamat untuk caffeine adalah 200mg- 300mg. Iaitu lebih kurang 2-3 cawan coffee sehari.

4) Wanita mengandung boleh ambil caffeine?

- Pakar mengatakan wanita hamil patut kurangkan pengambilan caffeine. Ini kerana pengambilan caffeine yang tinggi boleh menyebabkan keguguran dan kematian janin.

5) Ibu menyusu boleh ambil caffein?

- Caffeine boleh masuk dalam susu ibu. Seterusnya bayi yang menyusu boleh menerima risiko kemasukkan caffein dalam diri baby berkenaan. Kajian mengatakan ianya tidak bahaya namun jika diambil dalam dose yang tinggi akan menyebabkan bayi susah nak tidur dan 'over active'.

6) Berapa kandungan caffeine berada dalam diri kita?

- Dalam masa 5jam kepekatan caffein akan menjadi separuh dari
kepekatan asal. So jika anda mengambil caffeine waktu petang,
malam nanti anda mungkin alami kesukaran untuk tidur.

7) Caffeine boleh diambil bersama panadol?

- Sangat digalakkan. Caffeine boleh menyebabkan penyerapan panadol menjadi lebih cepat kedalam sistem peredaran darah sistemik.

8) Caffeine boleh mencegah kedutan?

- Yup. Banyak produk kosmetik mengandungi caffeine. Beberapa kajian membuktikan caffeine dapat menjadikan kulit menjadi lebih licin dan lembut.

9) Overdose caffeine boleh menyebabkan kematian?

- Ya boleh namun kes berkenaan adalah amat jarang sekali berlaku. Kajian terbaru mengatakan pengambilan caffeine bagi orang dewasa boleh membawa maut dengan mengambil caffein sebanyak 10 gram. 10 gram bersamaan 85 cawan sehari!

Saya harap 9 fakta berkenaan caffeine ini memberi output yang baik terhadap kehidupan anda seharian.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...