Jom kita per satu per satu perkara berkaitan 'pembakaran kalori'.
1) Untuk membakar lebih kalori, pergerakkan harus dipertingkatkan. Ia telah diakui oleh Barry M. Popkin, PhD, University of North Carolina, Chapel Hill.
2) Latihan senaman yang lebih tingg intensitinya, lebih tinggi pembakaran kalori. Ia diakui oleh Christopher Wharton, PhD, Yale University.
3) Bagi golongan obesity, cara terbaik untuk membakar kalori adalah dengan melakukan senaman jalan kaki 10,000 langkah setiap hari. Ia diakui oleh George Bray, MD dari Pennington Biomedical Research Center in Baton Rouge.
4) Sauna tidak membakar kalori yang banyak. Kalori dibakar bertujuan untuk menghasilkan tenaga. Tenaga diperlukan untuk melakukan pergerakkan. Duduk sahaja dalam peti panas sudah tentu tidak membantu pembakaran kalori yang banyak.
5) Pembakaran kalori lebih hebat dengan melakukan latihan bebanan (workout). Pertambahan sel otot pastinya meningkatkan lagi metabolisma diri anda. Ia telah diakui oleh School of Nutrition and Exercise Science at Bastyr University.
6) Caffeine dapat membantu diri anda meningkatkan pembakaran kalori. Ia bertindak dengan meransang kadar metabolisma diri anda. Pengambilan 250mg caffeine sehari dapat meningkatkan
pembakaran kalori sebanyak 10%. Ia diakui oleh amie Pope, MS, RD, LDN, a nutrition lecturer at Vanderbilt University School of Nursing.
7) Berdiri membakar lebih kalori daripada duduk. Berjalan membakar lebih kalori daripada berdiri. Jadi sentiasa pastikan diri anda bergerak kesana kemari. Aktifkan diri anda.
Baiklah , setakat ini dulu 7 fakta yang saya temui berkaitan 'pembakaran kalori'. Next time jika saya
jumpa lagi fakta dan kajian terbaru, saya akan share lagi disini.
----------------------------------------------
Tiada ulasan:
Catat Ulasan