Setakat ini anda sudah berjaya atau belum menurunkan berat badan?
Ya! tidak dinafikan program menurunkan berat badan tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan motivasi
yang tinggi, ilmu yang betul dan strategi yang berkesan.
Namun pada hari ini saya nak 'share' dengan anda beberapa fakta berkaitan menurunkan berat badan.
Jom ikuti satu per satu:
1) Perlukah kita menimbang selalu berat badan kita?
- Ya! Kajian telah membuktikan bahawa dengan memantau lebih kerap berat badan kita akan 'merangsang' minda dan memberi motivasi untuk menurunkan berat badan. Seeloknya timbang berat seminggu sekali.
2) Adakah saya perlu elakkan dari mengambil lemak untuk
menurunkan berat badan?
- Tidak! Anda perlu mengambil lemak. Lemak penting untuk sintesis hormon. Namun bukan semua lemak anda boleh ambil. Lemak tidak tepu (unsaturated) sahaja dibenarkan. Sebagai contoh, olive oil, fish oil & kekacang.
3) Minum air masak sebanyak mungkin membantu menurunkan berat badan?
- Ya! Namun kajian membuktikan minum air masak satu gelas sebelum sarapan, lunch dan dinner dapat mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 30%. Jadi minum air masak dulu sebelum makan. Malah air masak dapat tingkatkan pembakaran lemak dan meningkatkan metabolisma badan.
4) Ok ke makan banyak2 ketika lunch dan ketika dinner tidak makan?
-Tidak boleh. Ia akan menyebabkan pankreas anda bekerja lebih kuat ketika lunch dan meningkatkan tahap kelaparan 'craving' ketika dinner. Malah teknik ini akan menurunkan kadar metabolisma anda.
5) Makan secara perlahan-lahan adakah bagus?
- Ya tepat sekali. Ini kerana badan kita akan terima signal kekenyangan dalam tempoh 15 hingga 20 minit selepas perut kita penuh dengan makanan.
6) Perlu ke saya merancang setiap makanan yang ingin saya ambil?
- Para pengkaji telah berpendapat, seseorang yang merancang plan pemakanannya akan berjaya dalam mengekalkan bentuk badan yang ideal. Perancangan ini telah membantu mereka daripada mengambil snack atau makanan yang merapu-rapu.
7) Adakah diari kalori membantu saya dalam menurunkan berat badan?
- Ya betul! Diari kalori dapat membantu anda mengesan 'lebihan' kalori yang diambil. Selain itu, ia juga dapat menunjukkan 'pattern' atau corak pemakanan kita pada masa lampau. Jadi, masa gemuk anda dapat tahu bagaimana corak pemakanan anda, dan masa kurus pula anda tahu apa yang anda makan.
8) Perlukah saya mengelakkan diri dari makan karbohidrat?
- Tidak perlu kerana anda adalah manusia. Lainlah kalau anda adalah herbivor atau karnivor. Karbohidrat sangat penting sebagai sumber tenaga utama bagi diri anda. Namun kurangkan pengambilan karboidrat ringkas seperti gula, ais krim, coklat dan junk food. Sebaliknya ambillah komplek karbohidrat seperti roti wholegrain dan brown rice.
9) Kerap tidur menyebabkan kegemukkan?
- Tidak! Tidur sebenarnya sangat membantu dalam plan 'weight loss' anda. Kenapa?
Sebab tidur yang cukup dapat membantu anda mengurangkan rasa kelaparan "craving". Lebih banyak anda berjaga, lebih lapar anda rasa.
Kedua dengan tidur yang cukup ia dapat menstabilkan metabolisma dan membantu anda 'cut off' kalori sebanyak 6%. Sebab anda tidak makan ketika tidur!
Cukup la 9 point saya ketengahkan disini berkaitan fakta mengurangkan berat badan khas untuk anda.
Walaupun tidak banyak, saya harap ia sedikit sebanyak dapat
membantu anda mengurangkan berat badan.
Berat badan kurang, risiko penyakit pun kurang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan