Selasa, 11 Februari 2014

Doa pengasih ini tak boleh diamalkan!

Bagaimana hubungan dengan pasangan? Alhamdulillah kalau semuanya ok dan lancar. Jika ada masalah selesaikan dengan segera, saling bertolak ansur, buang ego, dan mohon maaf atas kesilapan dan baiki kelemahan ya. Barulah pasangan akan sayang :)

[+] Apa itu doa pengasih?

-Secara ringkasnya doa pengasih ini adalah doa atau ayat yang diambil dari sumber sumber yang boleh dipercayai seperti al-Quran, selawat, dan doa doa dari para guru yang mana potongan doa doa ini boleh digunakan untuk tujuan kasih sayang.

Al-Quran mempunyai pelbagai fungsi, fungsinya yang utama tentulah sebagai petunjuk untuk orang bertaqwa [al-Baqarah: 2]. Selain dari tu ayat ayatnya juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit (syifa’), keselamatan dan pendinding diri, serta untuk berkasih sayang.

[+] Panduan memilih doa/ayat pengasih yang OK dan tak OK

-Sebenarnya banyak sangat ayat yang tak boleh nak diamalkan kerana ada ayat ayat  itu boleh membawa kepada syirik, antaranya seperti ini..

“Wahai Iblis, cepatlah kau satukan aku dengan si polan bin si polan tu”

Doa  pengasih ini pula saya dapat dari seorang tabib tapi tak nak amal lah sebab walaupun nampak tak berapa syirik tapi ‘semacam’ je..

“Melambai lambai si gading gajah, aku memakai seperti anak Rasulullah”

[+] Doa pengasih yang harus untuk diamalkan perlu memenuhi beberapa kriteria seperti:

-Tidak menyekutukan Allah
-Bukan dibuat dalam bentuk tangkal, seperti tulis kat kertas kemudian pakai kat lengan.
-Tidak menganggap doa doa ni ada power yang boleh memakbulkan permintaan kita.

[+] Siapa yang boleh amalkan doa pengasih?

-Siapa yang nak bahagia boleh cuba amalkan doa ini, asalkan menggunakannya ke jalan yang benar. Ia boleh digunakan sekiranya anda berminat dengan non Muslim, namun mereka sudah tentulah tidak boleh mengamalkannya untuk anda kerna kepercayaan dan aqidah yang berbeza. Mereka tidak beriman kepada
Allah.

[+] Mujarab ker doa pengasih..confirm menjadi kalau saya amal? Ada jaminan 100% berkesan?
-Hoho menarik sungguh soalan ni, ramai yang bertanya saya tentang ini. Meh kita  jawab soalan ni dulu

-Sekolah mana yang memberi JAMINAN kita pasti berjaya bila belajar di situ?
-Doktor mana yang memberi JAMINAN kita pasti sembuh bila dirawatnya?
-Pasangan ada beri JAMINAN kita pasti bahagia bila bersamanya?

Tiada yang berani buat begitu kan

Jadi janganlah gitu ya, siapalah saya untuk mengatakan pasti menjadi, jika diizinkan oleh Allah maka jadilah, jika belum berhasil bukan bermakna ayat ni tak power. Setiap yang berlaku adalah dengan kehendak dan iradat Allah jua.

Kita manusia boleh membuat perancangan, selebihnya tawakkal saja pada Allah. Doktor  yang terhebat di dunia pun pasti tidak boleh mengclaim pesakitnya  pasti sembuh jika dirawat olehnya.

Gitulah serba sikit tentang doa pengasih ini, harap dapat kefahaman.



Cara Menawan Hati Si Dia

Adakah anda rasa anda tak menawan, tak berapa nak kaya, pendidikan tak setinggi menara gading, dan lain lain kekurangan diri?

Adakah  dengan memiliki faktor faktor di atas, anda tak layak untuk hidup bahagia seperti orang lain?

Ok, jangan sesekali fikir begitu, tak baik. Setiap dari kita ada kelebihan masing masing. Janganlah asyik nak kritik diri saja.

Ni saya nak kongsi satu rahsia walaupun tanpa faktor di atas anda tetap boleh memiliki pasangan yang bahagia..insyaAllah

Rahsia yang mudah tapi sentiasa dilupakan, atau dipandang enteng, kerana anda mungkin berkata “eleh, ni aku pun tahu”

Rahsia ini jika diamalkan boleh membuatkan si dia tak senang duduk dan terus terusan rindu kepada anda

Iaitu..

Sentiasalah take care padanya <<

Tahukah anda betapa hebatnya kuasa take care, saya dah tengok banyak kes orang jatuh cinta. Ada 1 kes, gadis jatuh cinta pada suami  anak 4, nak kata lelaki tu hensem tak juga, cuma apa yang dibuat oleh lelaki adalah selalu sangat take care pada gadis ni.

Kisahnya gini si lelaki kesian tengok perempuan ni datang dari kampung tiada saudara mara, duduk bilik sewa, jadi dia ikhlas hati bantu sikit sikit..hulur RM200 sebulan, ada masa terluang bawa pergi makan dan beli barang keperluan harian. Lelaki ni ikhlas, tiada niat nak tambah cawangan..sebab tu setiap kali nak berjumpa perempuan tu, dia akan bawa isterinya sekali

Nak tahu apa terjadi selepas 6 bulan?

Bapak perempuan ni telefon bagitahu berita gembira bahawa anaknya nak dipinang oleh seorang jejaka kampung sebelah. Namun beliau terkejut bila diberitahu anaknya yang dia dah jatuh cinta sangat pada Saiful, lelaki yang take care dia selama ni, walaupun dia sedar dan tahu lelaki yang caring tu hanya anggap dia adik dan menolongnya dengan ikhlas.

Puas dipujuk dan dilarang, si gadis tetapi jua mencintai jejaka S tu..

Hmmm, nampak tak hebatnya kuasa take care

Isteri saya sendiri bagi amaran keras pada saya jangan sesekali melayan perempuan lebih dari sepatutnya, kerana mereka ni adalah makluk Allah yang mudah kasih pada orang yang melayan mereka dengan baik.

Untuk lelaki yang rasa dia masih single, atau merasakan hubungannya dengan pasangan hambar, sila amal petua ni cepat cepat.

1 petua ni insyaAllah dah cukup untuk anda merasakan NIKMAT kebahagiaan, bagaimana jika anda diberi 30 rahsia lagi



Isnin, 10 Februari 2014

Apakah itu teknik Pembetulan Kalori?

Katakan sekarang ini anda sedang mengikuti diet yang sihat dan menepati target kalori yang ingin diambil.

Namun selang 2 atau 3 hari kemudian anda seolah-olah hilang fokus. Diet anda langsung tak kontrol. Anda makan melebihi keperluan kalori yang sepatutnya.

Apa yang harus anda lakukan jika situasi ini terjadi?

Tidak dinafikan kadang- kadang perkara ini pun terjadi pada anda. Kita ini manusia biasa yang mudah terdorong dengan makanan yang lazat.

Tetapi jangan sampai kita stress akibat diet yang kita rancang tidak menepati apa yang dirangka.

Untuk mengatasi masalah ini, anda gunakan teknik 'pembetulan kalori'...

Contohnya, dalam minggu tersebut 3 hari anda terlebih makan (kalori jadi berlebihan). So untuk mengatasinya anda akan bakar balik kalori yang lebih tadi.

Caranya adalah dengan tingkatkan senaman. Sebagai contoh, biasa anda  jog 30minit tapi kali ini anda jog 50 minit. 

Selain itu, jika biasanya anda bersukan 3 kali seminggu maka minggu tersebut anda perlu tingkatkan aktiviti ukan kepada 5 kali seminggu.

Jadi jika  yang sedang berdiet tu, jangan la stress atau kecewa kerana gagal mengawal nafsu makan. Sebaliknya gunakan teknik pembetulan kalori.


Ahad, 9 Februari 2014

Jangan abaikan senaman bebanan!

Tahukah anda bahawa senaman bebanan (weight training) sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan?

Ok! Hari ni saya nak kongsi tip menurunkan berat badan dengan senaman bebanan. Diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu anda  untuk merealisasikan impian tubuh idaman anda.

Mungkin ada yang berkata senaman bebanan hanya untuk lelaki yang inginkan badan berketul-ketul.

Itu salah sebenarnya.

Senaman bebanan ini bergantung kepada cara pelaksanaan. Pelaksanaan berlainan akan menghasilkan kesan yang berbeza-beza.

Secara umumnya, bagi wanita atau lelaki yang ingin turunkan berat badan harus membuat senaman bebanan berselang seli dengan senaman kardio.

Untuk makluman anda, senaman kardio banyak membakar kalori daripada glukosa manakala senaman bebanan pula banyak membakar kalori daripada lemak.

Telah banyak kajian yang dijalankan yang membuktikan senaman bebanan dapat membakar lemak dengan pantas serta dapat menurunkan 30% risiko mendapat penyakit kencing manis!

Jadi bagi anda yang inginkan susuk tubuh menawan dan kesihatan berpanjangan, jangan abaikan senaman bebanan yep ;)

Sabtu, 8 Februari 2014

Fokus kepada matlamat!

Ok baiklah, mungkin setakat ini anda telah tahu bermacam perkara dan teknik untuk membakar lemak
dan seterusnya dapat menurunkan berat badan.

Namun bagaimana dengan pelaksanaannya?

Saya akui melaksanakan dan merealisasikan sesuatu perkara amat sukar. Ia memerlukan semangat dan
motivasi yang cukup tinggi.


Jadi di sini saya ingin menyuruh anda tetapkan matlamat anda yang jelas. Anda perlu visualisasikan
matlamat itu supaya anda sentiasa terdorong untuk memilikinya.

Sebagai contoh, anda ingin hilangkan lemak 10kg.

Jadi visualisasikan matlamat anda itu dengan keadaan anda apabila berat badan anda hilang 10kg.

Cuba bayangkan dengan susuk badan anda ketika itu yang semakin menarik dan ia dapat menambah keyakinan anda berhadapan dengan orang ramai.

Saya percaya, dengan langkah yang saya nyatakan dalam ebook Bakar Lemak Pantas ia dapat membantu
anda mencapai berat badan yang diingini.

Jumaat, 7 Februari 2014

Pemantauan berat badan perlu dilakukan.

Pada kali ini saya nak tunjukkan cara yang sering dipandang tepi oleh kebanyakkan dari kita dalam usaha untuk menurunkan berat badan.

Iaitu pemantauan secara berjadual.

Apa yang saya maksudkan adalah pemantauan setiap minggu berat badan kita, diet serta senaman yang
kita lakukan dalam minggu tersebut.

Ini sangat penting kerana kita dapat melihat apakah aktiviti fizikal dan diet yang kita lakukan
yang menyebabkan berat badan kita meningkat atau menurun.

Dengan cara ini juga ia seolah-olah 'diari' peribadi kita yang boleh kita rujuk pada bila-bila masa.

Dalam Pakej Ebook Bakar Lemak Pantas saya ada menyediakan jadual pemantauan ini.

Saya reka khas jadual ini berdasarkan pengalaman saya sendiri supaya proses pemantauan program
menurunkan berat badan dapat berjalan lebih lancar.

Jadi mudah untuk saya melakukan 'sesuatu' apabila berlakunya peningkatan berat badan pada minggu tersebut.

Disini pembetulan kalori dapat saya lakukan lebih cepat sebelum berat badan saya terus meningkat tanpa saya sedari.

Dan pada pendapat saya anda pun patut memantau berat badan, diet dan aktiviti fizikal setiap minggu. Ia lebih sistematik.



Khamis, 6 Februari 2014

Kulit kayu manis pembakar lemak!

Tahukah anda cinnamon atau kulit kayu manis mempunyai kesan pemanasan terhadap badan atau dipanggil
thermogenic properties yang seterusnya akan membantu anda membakar LEMAK.

Kajian juga mendapati cinnamon mampu mengurangkan respons badan terhadap makanan yang di ambil
(glycaemic response to meals).

Bermakna badan anda akan kurang menyimpan LEMAK melalui makanan yang diambil tersebut.

Saya cadangkan anda membeli serbuk cinnamon dan memasukkan ke dalam teh atau coffee anda semua...SEDAP!!!

Selain daripada kulit kayu manis, lada hitam atau black pepper bagus untuk meningkatkan metabolisma dalam badan kita.

Black pepper ini mengandungi bahan seperti piperine yang membantu badan kita memecahkan lemak yang degil agar ia dapat ditukarkan kepada tenaga apabila di perlukan.

Rabu, 5 Februari 2014

Lemak baik VS lemak jahat!

Hari ni saya nak bercerita tentang lemak baik dan lemak jahat.

Dengar macam lucu kan. Tapi, memang ada 2 jenis lemak tu.

Untuk pengetahuan anda, lemak juga merupakan asas penting dalam diet disebabkan sifatnya yang membekalkan tenaga.

Tambahan pula, lemak turut menambahkan keenakkan dalam makanan. Memang best lemak ni.

Tetapi, pengambilan lemak secara berlebihan dalam diet mampu menjejaskan kesihatan sekaligus menimbulkan masalah obesiti.

Oleh itu, anda perlu kawal pengambilan lemak dalam makanan seharian.

Lemak jahat yang sering dikaitkan dengan punca kepada kebanyakan penyakit adalah lemak tepu.

Lemak tepu ni biasanya ditemui dalam makanan yang bersumberkan haiwan.

Apabila anda memakannya, ia boleh menyebabkan paras kolesterol dalam darah meningkat dan berisiko untuk
mendapat penyakit jantung.

Jika anda ada penyakit tekanan darah tinggi, dan memakan lemak tepu, anda juga boleh diserang STROKE!

Jadi, apakah sumber lemak yang bagus? 

Jawapannya adalah lemak baik.

Lemak baik boleh didapati daripada lemak politaktepu dan monotaktepu. Contohnya: Minyak sayuran, olive oil, fish oil.

Walaubagaimanapun, biasanya kita terlupa tentang lemak ni.

Oleh itu, untuk tidak makan lemak jahat secara berlebihan, anda boleh amalkan tips di bawah:

1. Pilih makanan yang rendah lemak dan rendah kolesterol.
2. Kurangkan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
3. Semasa memasak, guna minyak dengan kuantiti sedikit.
4. Pilih daging tanpa lemak. Jika ada kulit, jangan masukkan dalam menu makan.
5. Hindarkan penggunaan lemak dalam masakan seperti majerin.
6. Masak dengan cara alternatif seperti mengukus.

Itu sahaja tips dan info daripada saya.


:-)


Selasa, 4 Februari 2014

Jangan abaikan senaman bebanan!

Tahukah anda bahawa senaman bebanan (weight training) sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan?

Ok! Hari ni saya nak kongsi tip menurunkan berat badan dengan senaman bebanan. Diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk merealisasikan impian tubuh idaman anda.

Mungkin ada yang berkata senaman bebanan hanya untuk lelaki yang inginkan badan berketul-ketul.

Itu salah sebenarnya.

Senaman bebanan ini bergantung kepada cara pelaksanaan. Pelaksanaan berlainan akan menghasilkan kesan yg berbeza-beza.

Secara umumnya, bagi wanita atau lelaki yang ingin turunkan berat badan harus membuat senaman bebanan berselang seli dengan senaman kardio.

Untuk makluman anda, senaman kardio banyak membakar kalori daripada glukosa manakala senaman bebanan pula banyak membakar kalori daripada lemak.

Telah banyak kajian yang dijalankan yang membuktikan senaman bebanan dapat membakar lemak dengan pantas serta dapat menurunkan 30% risiko mendapat penyakit kencing manis!

Jadi bagi yang ingin susuk tubuh yang menawan dan kesihatan berpanjangan, jangan abaikan senaman bebanan yep ;)



Isnin, 3 Februari 2014

Senaman kardio untuk bakar lemak!

Kenapa senaman kardio dapat membakar lemak dengan pantas dan dapat menghilangkan perut buncit?

Sebelum itu saya nak jelaskan apa itu senaman kardio.

Senaman kardio adalah senaman yang meningkatkan 'heart rate' atau denyutan nadi. Sebagai contoh berlari, joging, berbasikal, berenang, futsal dan sebagainya.

Apabila kita melakukan senaman kardio, denyut jantung kita akan meningkat.

Aliran darah juga akan meningkat laju supaya oksigen dapat dibekalkan ke seluruh badan.

Disebabkan senaman kardio ini melibatkan 'skeletal muscle' atau otot yg menyebabkan pergerakkan maka ia memerlukan banyak tenaga dalam kadar masa yang cepat.

Dalam badan kita, glukosa adalah tenaga yang mudah dan paling cepat boleh dibekalkan kepada otot skeletal berkenaan.

Maka glukosa akan digunakan yang diambil dari tapak simpanan glukosa.

Jika anda selalu buat senaman kardio, tapak simpanan glukosa sentiasa akan kurang. Ini adalah bagus sebenarnya.

Kenapa ia bagus?

Dalam badan kita tapak simpanan glukosa tidak banyak dan tidak selalu bertambah.

Apabila tapak simpanan glukos telah penuh, ia perlu dikosongkan balik.

Cara dia kosongkan balik adalah dengan tukarkan kepada tanaga (sebab senaman kardio) ATAUPUN kepada LEMAK.

So jika anda tak buat senaman kardio, glukosa akan ditukar kepada LEMAK!

Lemak ini tiada had simpanan. Dia boleh simpan sebanyak mungkin di bawah kulit anda.

Cuba picit perut anda. Tebal tak lemak yang korang ada?

Kalau tebal bermakna anda kurang melakukan senaman kardio.

As simple as that...

Ahad, 2 Februari 2014

Untuk kurus, komitmen anda adalah segalanya!

Sebenarnya tanpa komitmen 100% dari anda adalah amat sukar untuk mentransformasikan diri kepada kepada mesin pembakar lemak yang pantas.

Untuk mendapatkan bentuk tubuh yg menawan (bagi wanita) atau  tegap segak (bagi lelaki) ia bukan sekadar minat sahaja.

Tidak guna menurunkan berat badan sebab kerana minat sahaja.

Kerana minat itu adalah matlamat jangka masa pendek sahaja. Selepas itu anda kembali ke bentuk asal.

Untuk mencapai matlamat untuk jangka masa panjang, anda perlukan komitment.

Sebaik sahaja anda berazam untuk mengubah gaya hidup anda untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini, terus sahaja fokus kearahnya. Berikan 100% komitment anda padanya.

Hasil yang anda dapat mungkin lama, tapi tidak perlu risau. Ia adalah matlamat jangka masa panjang anda. Anda tidak akan mudah give-up!

Dan apabila hasilnya sudah menjelma, anda akan rasa apa itu makna kepuasan sebenar! Apa yang penting ia akan kekal ada pada diri anda.

Ingat! anda perlukan komitmen dan bukan sekadar minat-minat sahaja.

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian saya buat anda.

Sabtu, 1 Februari 2014

Latihan Intensiti tinggi pembakar lemak hebat!

Untuk memastikan pembakaran lemak degil yang berada di bahagian perut, peha dan bawah lengan
satu latihan fizikal yang berintensiti tinggi wajib dibuat.

Apakah latihan berintensiti tinggi?

Latihan fizikal ini dibuat dalam keadaan yang tegang dimana heart rate kita boleh
mencapai 90% ke atas dalam satu masa yang singkat.

Contohnya, latihan berintensiti tinggi boleh dibuat dengan berjogging.

Untuk 10 saat pertama anda perlu berjogging seperti biasa dan selepas itu terus pecut
selama 20 saat. 10 saat kemudian anda jog seperti biasa. Ulangi langkah ini selama 8 kali.

Jadi semua ini hanya dilakukan selama 4 minit sahaja.

Percayalah, dengan teknik ini anda sebenarnya telah membakar kalori seperti berjogging selama
1 jam.

Namun begitu, jika anda ada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis ataupun penyakit jantung
anda sesekali TIDAK dibenarkan melakukan aktiviti fizikal berintensiti tinggi ini.

Baiklah, setakat ini dahulu perkongsian saya untuk anda. Jumpa lagi lain kali ya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...