Ahad, 2 Februari 2014

Untuk kurus, komitmen anda adalah segalanya!

Sebenarnya tanpa komitmen 100% dari anda adalah amat sukar untuk mentransformasikan diri kepada kepada mesin pembakar lemak yang pantas.

Untuk mendapatkan bentuk tubuh yg menawan (bagi wanita) atau  tegap segak (bagi lelaki) ia bukan sekadar minat sahaja.

Tidak guna menurunkan berat badan sebab kerana minat sahaja.

Kerana minat itu adalah matlamat jangka masa pendek sahaja. Selepas itu anda kembali ke bentuk asal.

Untuk mencapai matlamat untuk jangka masa panjang, anda perlukan komitment.

Sebaik sahaja anda berazam untuk mengubah gaya hidup anda untuk mendapatkan bentuk badan yang diingini, terus sahaja fokus kearahnya. Berikan 100% komitment anda padanya.

Hasil yang anda dapat mungkin lama, tapi tidak perlu risau. Ia adalah matlamat jangka masa panjang anda. Anda tidak akan mudah give-up!

Dan apabila hasilnya sudah menjelma, anda akan rasa apa itu makna kepuasan sebenar! Apa yang penting ia akan kekal ada pada diri anda.

Ingat! anda perlukan komitmen dan bukan sekadar minat-minat sahaja.

Baiklah, setakat ini sahaja perkongsian saya buat anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...