Pada kali ini saya nak tunjukkan cara yang sering dipandang tepi oleh kebanyakkan dari kita dalam usaha untuk menurunkan berat badan.
Iaitu pemantauan secara berjadual.
Apa yang saya maksudkan adalah pemantauan setiap minggu berat badan kita, diet serta senaman yang
kita lakukan dalam minggu tersebut.
Ini sangat penting kerana kita dapat melihat apakah aktiviti fizikal dan diet yang kita lakukan
yang menyebabkan berat badan kita meningkat atau menurun.
Dengan cara ini juga ia seolah-olah 'diari' peribadi kita yang boleh kita rujuk pada bila-bila masa.
Dalam Pakej Ebook Bakar Lemak Pantas saya ada menyediakan jadual pemantauan ini.
Saya reka khas jadual ini berdasarkan pengalaman saya sendiri supaya proses pemantauan program
menurunkan berat badan dapat berjalan lebih lancar.
Jadi mudah untuk saya melakukan 'sesuatu' apabila berlakunya peningkatan berat badan pada minggu tersebut.
Disini pembetulan kalori dapat saya lakukan lebih cepat sebelum berat badan saya terus meningkat tanpa saya sedari.
Dan pada pendapat saya anda pun patut memantau berat badan, diet dan aktiviti fizikal setiap minggu. Ia lebih sistematik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan