Adakah dengan memiliki faktor faktor di atas, anda tak layak untuk hidup bahagia seperti orang lain?
Ok, jangan sesekali fikir begitu, tak baik. Setiap dari kita ada kelebihan masing masing. Janganlah asyik nak kritik diri saja.
Ni saya nak kongsi satu rahsia walaupun tanpa faktor di atas anda tetap boleh memiliki pasangan yang bahagia..insyaAllah
Rahsia yang mudah tapi sentiasa dilupakan, atau dipandang enteng, kerana anda mungkin berkata “eleh, ni aku pun tahu”
Rahsia ini jika diamalkan boleh membuatkan si dia tak senang duduk dan terus terusan rindu kepada anda
Iaitu..
Sentiasalah take care padanya <<
Tahukah anda betapa hebatnya kuasa take care, saya dah tengok banyak kes orang jatuh cinta. Ada 1 kes, gadis jatuh cinta pada suami anak 4, nak kata lelaki tu hensem tak juga, cuma apa yang dibuat oleh lelaki adalah selalu sangat take care pada gadis ni.
Kisahnya gini si lelaki kesian tengok perempuan ni datang dari kampung tiada saudara mara, duduk bilik sewa, jadi dia ikhlas hati bantu sikit sikit..hulur RM200 sebulan, ada masa terluang bawa pergi makan dan beli barang keperluan harian. Lelaki ni ikhlas, tiada niat nak tambah cawangan..sebab tu setiap kali nak berjumpa perempuan tu, dia akan bawa isterinya sekali
Nak tahu apa terjadi selepas 6 bulan?
Bapak perempuan ni telefon bagitahu berita gembira bahawa anaknya nak dipinang oleh seorang jejaka kampung sebelah. Namun beliau terkejut bila diberitahu anaknya yang dia dah jatuh cinta sangat pada Saiful, lelaki yang take care dia selama ni, walaupun dia sedar dan tahu lelaki yang caring tu hanya anggap dia adik dan menolongnya dengan ikhlas.
Puas dipujuk dan dilarang, si gadis tetapi jua mencintai jejaka S tu..
Hmmm, nampak tak hebatnya kuasa take care
Isteri saya sendiri bagi amaran keras pada saya jangan sesekali melayan perempuan lebih dari sepatutnya, kerana mereka ni adalah makluk Allah yang mudah kasih pada orang yang melayan mereka dengan baik.
Untuk lelaki yang rasa dia masih single, atau merasakan hubungannya dengan pasangan hambar, sila amal petua ni cepat cepat.
1 petua ni insyaAllah dah cukup untuk anda merasakan NIKMAT kebahagiaan, bagaimana jika anda diberi 30 rahsia lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan