Isnin, 3 Februari 2014

Senaman kardio untuk bakar lemak!

Kenapa senaman kardio dapat membakar lemak dengan pantas dan dapat menghilangkan perut buncit?

Sebelum itu saya nak jelaskan apa itu senaman kardio.

Senaman kardio adalah senaman yang meningkatkan 'heart rate' atau denyutan nadi. Sebagai contoh berlari, joging, berbasikal, berenang, futsal dan sebagainya.

Apabila kita melakukan senaman kardio, denyut jantung kita akan meningkat.

Aliran darah juga akan meningkat laju supaya oksigen dapat dibekalkan ke seluruh badan.

Disebabkan senaman kardio ini melibatkan 'skeletal muscle' atau otot yg menyebabkan pergerakkan maka ia memerlukan banyak tenaga dalam kadar masa yang cepat.

Dalam badan kita, glukosa adalah tenaga yang mudah dan paling cepat boleh dibekalkan kepada otot skeletal berkenaan.

Maka glukosa akan digunakan yang diambil dari tapak simpanan glukosa.

Jika anda selalu buat senaman kardio, tapak simpanan glukosa sentiasa akan kurang. Ini adalah bagus sebenarnya.

Kenapa ia bagus?

Dalam badan kita tapak simpanan glukosa tidak banyak dan tidak selalu bertambah.

Apabila tapak simpanan glukos telah penuh, ia perlu dikosongkan balik.

Cara dia kosongkan balik adalah dengan tukarkan kepada tanaga (sebab senaman kardio) ATAUPUN kepada LEMAK.

So jika anda tak buat senaman kardio, glukosa akan ditukar kepada LEMAK!

Lemak ini tiada had simpanan. Dia boleh simpan sebanyak mungkin di bawah kulit anda.

Cuba picit perut anda. Tebal tak lemak yang korang ada?

Kalau tebal bermakna anda kurang melakukan senaman kardio.

As simple as that...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...