Katakan sekarang ini anda sedang mengikuti diet yang sihat dan menepati target kalori yang ingin diambil.
Namun selang 2 atau 3 hari kemudian anda seolah-olah hilang fokus. Diet anda langsung tak kontrol. Anda makan melebihi keperluan kalori yang sepatutnya.
Apa yang harus anda lakukan jika situasi ini terjadi?
Tidak dinafikan kadang- kadang perkara ini pun terjadi pada anda. Kita ini manusia biasa yang mudah terdorong dengan makanan yang lazat.
Tetapi jangan sampai kita stress akibat diet yang kita rancang tidak menepati apa yang dirangka.
Untuk mengatasi masalah ini, anda gunakan teknik 'pembetulan kalori'...
Contohnya, dalam minggu tersebut 3 hari anda terlebih makan (kalori jadi berlebihan). So untuk mengatasinya anda akan bakar balik kalori yang lebih tadi.
Caranya adalah dengan tingkatkan senaman. Sebagai contoh, biasa anda jog 30minit tapi kali ini anda jog 50 minit.
Selain itu, jika biasanya anda bersukan 3 kali seminggu maka minggu tersebut anda perlu tingkatkan aktiviti ukan kepada 5 kali seminggu.
Jadi jika yang sedang berdiet tu, jangan la stress atau kecewa kerana gagal mengawal nafsu makan. Sebaliknya gunakan teknik pembetulan kalori.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan