Sabtu, 1 Februari 2014

Latihan Intensiti tinggi pembakar lemak hebat!

Untuk memastikan pembakaran lemak degil yang berada di bahagian perut, peha dan bawah lengan
satu latihan fizikal yang berintensiti tinggi wajib dibuat.

Apakah latihan berintensiti tinggi?

Latihan fizikal ini dibuat dalam keadaan yang tegang dimana heart rate kita boleh
mencapai 90% ke atas dalam satu masa yang singkat.

Contohnya, latihan berintensiti tinggi boleh dibuat dengan berjogging.

Untuk 10 saat pertama anda perlu berjogging seperti biasa dan selepas itu terus pecut
selama 20 saat. 10 saat kemudian anda jog seperti biasa. Ulangi langkah ini selama 8 kali.

Jadi semua ini hanya dilakukan selama 4 minit sahaja.

Percayalah, dengan teknik ini anda sebenarnya telah membakar kalori seperti berjogging selama
1 jam.

Namun begitu, jika anda ada penyakit seperti darah tinggi, kencing manis ataupun penyakit jantung
anda sesekali TIDAK dibenarkan melakukan aktiviti fizikal berintensiti tinggi ini.

Baiklah, setakat ini dahulu perkongsian saya untuk anda. Jumpa lagi lain kali ya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...