Selasa, 11 Februari 2014

Doa pengasih ini tak boleh diamalkan!

Bagaimana hubungan dengan pasangan? Alhamdulillah kalau semuanya ok dan lancar. Jika ada masalah selesaikan dengan segera, saling bertolak ansur, buang ego, dan mohon maaf atas kesilapan dan baiki kelemahan ya. Barulah pasangan akan sayang :)

[+] Apa itu doa pengasih?

-Secara ringkasnya doa pengasih ini adalah doa atau ayat yang diambil dari sumber sumber yang boleh dipercayai seperti al-Quran, selawat, dan doa doa dari para guru yang mana potongan doa doa ini boleh digunakan untuk tujuan kasih sayang.

Al-Quran mempunyai pelbagai fungsi, fungsinya yang utama tentulah sebagai petunjuk untuk orang bertaqwa [al-Baqarah: 2]. Selain dari tu ayat ayatnya juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit (syifa’), keselamatan dan pendinding diri, serta untuk berkasih sayang.

[+] Panduan memilih doa/ayat pengasih yang OK dan tak OK

-Sebenarnya banyak sangat ayat yang tak boleh nak diamalkan kerana ada ayat ayat  itu boleh membawa kepada syirik, antaranya seperti ini..

“Wahai Iblis, cepatlah kau satukan aku dengan si polan bin si polan tu”

Doa  pengasih ini pula saya dapat dari seorang tabib tapi tak nak amal lah sebab walaupun nampak tak berapa syirik tapi ‘semacam’ je..

“Melambai lambai si gading gajah, aku memakai seperti anak Rasulullah”

[+] Doa pengasih yang harus untuk diamalkan perlu memenuhi beberapa kriteria seperti:

-Tidak menyekutukan Allah
-Bukan dibuat dalam bentuk tangkal, seperti tulis kat kertas kemudian pakai kat lengan.
-Tidak menganggap doa doa ni ada power yang boleh memakbulkan permintaan kita.

[+] Siapa yang boleh amalkan doa pengasih?

-Siapa yang nak bahagia boleh cuba amalkan doa ini, asalkan menggunakannya ke jalan yang benar. Ia boleh digunakan sekiranya anda berminat dengan non Muslim, namun mereka sudah tentulah tidak boleh mengamalkannya untuk anda kerna kepercayaan dan aqidah yang berbeza. Mereka tidak beriman kepada
Allah.

[+] Mujarab ker doa pengasih..confirm menjadi kalau saya amal? Ada jaminan 100% berkesan?
-Hoho menarik sungguh soalan ni, ramai yang bertanya saya tentang ini. Meh kita  jawab soalan ni dulu

-Sekolah mana yang memberi JAMINAN kita pasti berjaya bila belajar di situ?
-Doktor mana yang memberi JAMINAN kita pasti sembuh bila dirawatnya?
-Pasangan ada beri JAMINAN kita pasti bahagia bila bersamanya?

Tiada yang berani buat begitu kan

Jadi janganlah gitu ya, siapalah saya untuk mengatakan pasti menjadi, jika diizinkan oleh Allah maka jadilah, jika belum berhasil bukan bermakna ayat ni tak power. Setiap yang berlaku adalah dengan kehendak dan iradat Allah jua.

Kita manusia boleh membuat perancangan, selebihnya tawakkal saja pada Allah. Doktor  yang terhebat di dunia pun pasti tidak boleh mengclaim pesakitnya  pasti sembuh jika dirawat olehnya.

Gitulah serba sikit tentang doa pengasih ini, harap dapat kefahaman.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...