Memaparkan catatan dengan label vagina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vagina. Papar semua catatan

Jumaat, 7 Oktober 2011

Faktor diet amat mempengaruhi keputihan.

Saya ada terbaca satu kajian yang dikeluarkan oleh american journal of obstetric & gynecology mengatakan
bahawa faktor diet turut menyumbang kepada terjadinya jangkitan pada bahagian sulit wanita.

Jadi jika anda perhatikan adakah anda turut tergolong dalam kalangan wanita yang alergi terhadap makanan yang seterusnya boleh menyebabkan terjadinya keputihan? Jika ya, maka anda perlu mengamalkan diet yang
betul dan elakkan daripad mengambil makanan yang membantu terjadinya keputihan.

Malah saya sendiri alergi terhadap makanan laut dimana jika saya mengambil dalam kuantiti yang banyak maka keputihan akan mula terjadi. Namun saya segera mengambil langkah berjaga jaga dengan mengamalkan teknik mencegah keputihan seperti yang diterangkan dalam ebook Merawat Keputihan.

Rabu, 20 April 2011

Kulit "bahagian itu" lebih gelap berbanding yang lain

Dari Majalh Rapi Bil 131

Itu adalah perkara biasa. Bahagian kemaluan wanita boleh berwarna merah jambu, coklat, dan juga ungun gelap. Sebenarnya, bahagian sulit wanita termasuklah puting payudara akan berwarna lebih gelap berbanding kulit di bahagian lain. Fakta ini dinyatakan oleh Marry Jane Minkin, MD, Professor Klinikal Pakar sakit Puan dari Universiti Yale.

Artikel dari http://petuakahwin.blogspot.com/

Isnin, 11 April 2011

Mitos Mengenai keputihan- Apa Yang Perlu Awak Tahu?

Ramai wanita di Malaysia menghadapi masalah yang sama iaitu keputihan. Dan banyak salah anggapan yang timbul apabila bercakap mengenai keputihan.

Saya pasti banyak mitos-mitos yang 'terbit' daripada salah anggapan tersebut. Mitos ini jika tidak dibendung boleh menyebabkan masalah bertambah parah.

Apa yang penting disini adalah Ilmu yang betul.

Antara mitos tersebut adalah seperti untuk merawat keputihan, ia perlu berjumpa dengan Doktor...Puan-puan sekalian, ia tidak semestinya.

Jika tidak berjumpa dengan Doktor, anda pun mampu merawat keputihan.

Selain itu, ramai yang beranggapan dengan membersih vagina dengan mengunakan douche (sabun pembersih vagina) ia boleh menghilangkan keputihan.

Tetapi mitos ini adalah silap sama sekali.

Douche tidak menghilangkan keputihan tetapi ia boleh menerukkan lagi keputihan anda.

Douche mampu membunuh lactobacillus (bakteria baik). Kekurangan lactobacillus menyebabkan bakteria jahat 'berleluasa' dan mengeluarkan keputihan dengan banyak sekali.

Awak nampak bukan beberapa perkara yang dianggap 'remeh' mampu memudaratkan diri anda.

Apa-apa pun awak perlu hapuskan keputihan! Tidak kiralah samada menerusi rawatan konvensional ataupun rawatan semulajadi.

Bagi saya rawatan yang terbaik adalah murah, berkesan dan tiada kesan sampingan. Untuk memenuhi kriteria ini saya memilih rawatan semulajadi.

Ebook Panduan Merawat Keputihan ada menjelaskan lebih 'detail' perkara-perkara yang diperlukan untuk merawat keputihan secara semulajadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...