Ok baiklah, mungkin setakat ini anda telah tahu bermacam perkara dan teknik untuk membakar lemak
dan seterusnya dapat menurunkan berat badan.
Namun bagaimana dengan pelaksanaannya?
Saya akui melaksanakan dan merealisasikan sesuatu perkara amat sukar. Ia memerlukan semangat dan
motivasi yang cukup tinggi.
Jadi di sini saya ingin menyuruh anda tetapkan matlamat anda yang jelas. Anda perlu visualisasikan
matlamat itu supaya anda sentiasa terdorong untuk memilikinya.
Sebagai contoh, anda ingin hilangkan lemak 10kg.
Jadi visualisasikan matlamat anda itu dengan keadaan anda apabila berat badan anda hilang 10kg.
Cuba bayangkan dengan susuk badan anda ketika itu yang semakin menarik dan ia dapat menambah keyakinan anda berhadapan dengan orang ramai.
Saya percaya, dengan langkah yang saya nyatakan dalam ebook Bakar Lemak Pantas ia dapat membantu
anda mencapai berat badan yang diingini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan