Selasa, 4 Februari 2014

Jangan abaikan senaman bebanan!

Tahukah anda bahawa senaman bebanan (weight training) sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan?

Ok! Hari ni saya nak kongsi tip menurunkan berat badan dengan senaman bebanan. Diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk merealisasikan impian tubuh idaman anda.

Mungkin ada yang berkata senaman bebanan hanya untuk lelaki yang inginkan badan berketul-ketul.

Itu salah sebenarnya.

Senaman bebanan ini bergantung kepada cara pelaksanaan. Pelaksanaan berlainan akan menghasilkan kesan yg berbeza-beza.

Secara umumnya, bagi wanita atau lelaki yang ingin turunkan berat badan harus membuat senaman bebanan berselang seli dengan senaman kardio.

Untuk makluman anda, senaman kardio banyak membakar kalori daripada glukosa manakala senaman bebanan pula banyak membakar kalori daripada lemak.

Telah banyak kajian yang dijalankan yang membuktikan senaman bebanan dapat membakar lemak dengan pantas serta dapat menurunkan 30% risiko mendapat penyakit kencing manis!

Jadi bagi yang ingin susuk tubuh yang menawan dan kesihatan berpanjangan, jangan abaikan senaman bebanan yep ;)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...