Proses metabolisma adalah salah satu tindak balas yang berlaku dalam diri kita supaya tenaga dapat dibekalkan apabila diperlukan.
Proses metabolisma yang tinggi menunjukkan proses pembakaran lemak juga adalah tinggi.
Sebagai contoh, seseorang yang beratnya 100kg memiliki metabolisma yang lebih tinggi berbanding orang yang beratnya 65kg.
Ini kerana orang yang berat 100kg memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk mengerakkan berat badan mereka. Berbanding dengan orang yang beratnya 65kg.
Lagi satu seseorang yang memiliki otot yang lebih banyak, sebenarnya memiliki kadar metabolisma yang tinggi berbanding seseorang yang memiliki lemak yang banyak.
Banyak kelebihan jika seseorang itu yang memiliki kadar metabolisma yang tinggi. Antaranya ia dapat membakar lemak dengan pantas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan