Sekarang saya nak share dengan anda bagaimana kita dapat membakar lebih kalori berdasarkan
aktiviti seharian kita.
Tanpa melengah-lengahkan masa, ayuh kita mulakan sekarang:
1) Gunakan tangga daripada guna lif. Samaada anda menaiki tangga atau turun menggunakan tangga ia sebenarnya membakar 10 kali ganda kalori berbanding anda naik lif. Malah ada kajian mengatakan
dengan menaiki 100 anak tangga sehari anda mampu mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 20%!
2) Parking jauh dari tempat yang dituju. Orang lain selalu berebut tempat parking yang berhampiran tempat yang dituju. Anda buat sebaliknya. Percayalah ia dapat meningkatkan metabolisma anda kerana terbakarnya lebih kalori apabila berjalan ke tempat yang dituju. Selain itu anda tidak perlu lagi berebut tempat parking.
3) Berdiri & berjalan daripada duduk. Jika anda kerja di pejabat dan kerja anda hanya duduk depan komputer sahaja, kali ini anda perlu ubah. Setiap 15 minit sila bangun dan berjalan sekitar tempat anda bertugas. Pastikan dalam tempoh anda bekerja tu lebih 10,000 langkah anda berjalan. Jika itu berjaya dilakukan, lebih kurang 350kcal anda telah terbakar sambil anda bekerja.
4) Masak sendiri daripada makan kat luar. Apabila anda memasak, anda sebenarnya dapat menjimatkan kalori daripada makanan yang anda masak itu. Dengan cara menggunakan kurang minyak. Selain daripada itu, kelebihan masak sendiri ini memerlukan anda bergerak kesana kemari dalam menyediakan masakan. Disitu kalori anda terbakar lebih banyak daripada duduk sahaja menunggu makanan dihantar ke meja.
5) Basuh kereta sendiri. 30 minit membasuh kereta dapat membakar lebih kurang 200kcal. Malah ia menjimatkan duit poket anda :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan