Selasa, 28 Januari 2014

Sila monitor kalori diet anda

Perkara utama dalam memastikan lemak kita terus disingkirkan dari badan kita adalah dengan monitor
pengambilan unsur-unsur lemak dalam diet kita.

Antara makanan yang mengandungi lemak yang tinggi adalah seperti nasi lemak, nasi minyak, gulai ayam atau daging, roti canai, ayam goreng berempah dan juga sup.

Seperti yang kita tahu lemak memberikan nilai kalori yang sangat tinggi iaitu bagi 1gram lemak memberikan 9kcal.

Selain daripada itu, makanan fast food juga mengandungi lemak yang sangat tinggi.

Jadi ia amatlah tidak elok untuk program diet yang anda jalankan. 

So ambil langkah selamat, anda perlu tinggalkan makanan yang berasaskan lemak.

Saya faham, agak sukar untuk memilih makanan yang kurang lemak di negara kita. Jadi kita kena minimumkan pengambilan makanan yang berlemak tinggi.

Lagi bagus jika anda dapat sediakan sendiri masakan mengikut diet yang sihat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...