Tahukah anda apakah sikap yang lelaki tidak suka pada wanita yang dia kenali atau sayangi? Berikut adalah beberapa sikap yang saya harap kaum wanita akan hindari :
* Berpura-pura bersopan-santun, penyayang dan lemah lembut;
* Suka mengkritik kaum sejenis mereka terutamanya mengenai gaya penampilan;
* Cemburu pada pasangan sendiri kerana kelebihan yang ada;
* Melayani dirinya berdasarkan emosi;
* Punya kod-kod rahsia di dalam komunikasi tetapi itu lah yang digemari oleh kaum wanita;
* Mahukan pasangan menghabiskan masa hanya bersama mereka;
* Bercakap hal remeh-temeh, contohnya kuku jarinya terpatah. Lelaki memang rimas bab-bab seperti ini;
* Wanita yang banyak cakap, mengumpat, suka membebel dan mulut becok;
* Suka memboikot, merajuk tidak tentu pasal dan mogok tidak bertempat kerana ia mampu membuat keegoan lelaki tercabar.
Saya harap kaum wanita mengambil iktibar dan cuba berubah jika berada dalam situasi tersebut.
Wanita memang suka diberi perhatian dan disayangi, tetapi harus ada batasannya. Jadi untuk mengekalkan hubungan yang mesra dan berpanjangan, haruslah ada persefahaman dan nilai-nilai yang positif yang menjurus ke arahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan