Sabtu, 2 April 2011

Bagaimana dengan tanda hendak bersalin?

Setiap wanita mempunyai ragam yang berbeza-beza dalam proses kelahiran berjalan.

Ada orang cepat sahaja 'membuka jalan' dan ada orang terpaksa menunggu lebih 12 jam untuk pintu rahim membuka 10cm.

Ada orang pula mudah sahaja bersalin dan ada orang pula terpaksa bertarung nyawa untuk 'push' bayi keluar.

Ok baiklah, apakah tanda-tanda seseorang wanita itu hendak bersalin?

Sebenarnya proses bersalin ini mempunyai 3 peringkat. Memang saya tidak terangkan disini peringkat tersebut namun saya ceritakan secara 'overall' sahaja.

Pertama sekali wanita itu akan mengalami sakit dibahagian perut @ abdomen.

Tanda ini menunjukkan pintu rahim sedang membuka sebanyak 3 cm.

Kemudian akan terasa hendak membuang air besar. Anda akan kerap kali ke toilet pada peringkat ini.

Susulan daripada itu akan ada secalit darah coklat atau merah yang keluar dari kemaluan yang menandakan pintu rahim sedang membuka.

Pada ketika ini anda sudah boleh bergerak menuju ke hospital.

Dihospital staff nurse atau doktor akan memeriksa 'jalan'dan jika sudah membuka 9 cm anda akan dibawa ke dewan bersalin.

Di dewan bersalin anda akan diajar cara 'push' bayi dengan betul dan juga cara mengangkang dengan betul agar kemaluan tidak koyak.

Sekiranya tiada masalah, dalam masa 15minit bayi anda dapat disambut dengan sempurna.



Tetapi, perjalanan proses kelahiran juga bergantung kepada amalan kita ketika proses kehamilan.

Jika kita menjaga proses kehamilan dengan baik, pasti proses kelahiran juga akan berjalan dengan baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...