Isnin, 4 April 2011

Tips Ibu Mengandung: Bagaimana Proses Kelahiran berlaku?

Proses kelahiran adalah sesuatu yang unik dan sangat menarik. Jika ditanya kepada seorang ibu yang memiliki 6 orang anak bagaimana perasaan dan pengalaman ketika proses kelahiran? Dan percayalah dia menjawab setiap kelahiran mempunyai pengalaman dan ‘kesakitan’ yang menyeronokkan tersendiri.

Daripada setiap kelahiran apa yang kita mahukan adalah kesempurnaan. Proses kelahiran yang berjaya menyelamatkan 2 nyawa itulah yang kita mahukan.

Untuk makluman anda semua, proses kelahiran melibatkan 3 peringkat iaitu fasa permulaan, fasa aktif dan fasa kelahiran.

Fasa permulaan- fasa ini bermula ketika anda mula rasa sakit untuk bersalin. Ia berlaku sehingga servik anda mula membuka seluas 3 cm.
Apa yang perlu anda lakukan ketika ini adalah perlu ‘rilek’ sahaja. Tidak perlu tergesa-gesa untuk ke hospital. Jika tergopoh gapah dikhuatiri sesuatu yang buruk berlaku dalam perjalanan ke hospital.

Ketika ini wanita mengandung dinasihatkan untuk minum air dan makan sedikit sebagai sumber tenaga untuk bersalin nanti. Pada saat ini juga anda boleh mula untuk mengemas baju dan peralatan bayi untuk dibawa ke hospital.

Fasa aktif kelahiran- Pada fasa ini anda boleh bersiap sedia menuju ke hospital. Anda akan merasai tempoh kontraksi yang lebih panjang iaitu sekali kontraksi ia mengambil masa 45 hingga 60 saat.

Ketika ini servik akan membuka sebanyak 4cm hingga 7cm.
Oh ya, jika waktu ini anda sudah berada di hospital, selesakan diri anda dengan berjalan atau melakukan senaman pernafasan.
Fasa kelahiran- Pada fasa ini servik sudah membuka sebanyak 9cm. Kekerapan kontraksi lebih kerap berlaku iaitu setiap 30 saat hingga 2minit.

Pada saat ini anda mula bertarung nyawa. Segala keringat yang ada akan digunakan untuk ‘push’ bayi anda keluar. Saat ini juga peluh mula membasahi diri anda. Kadang kala anda mungkin akan terasa hendak muntah ataupun loya.

Anda juga perlu fokus kepada apa yang jururawat atau doktor katakan pada anda. Jika mereka menyuruh anda ‘push’, anda perlu ‘push’ sekuat hati. Jika mereka menyuruh anda bertenang dan bernafas dengan betul, ikutkan sahaja arahan mereka.

Setelah terdengar tangisan kecil bayi anda, percayalah anda akan lupakan segala kesakitan yang baru sahaja anda lalui...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...