Sabtu, 2 April 2011

Tip mudah untuk bersalin

Buat masa ini tiada lagi formula yang khusus dan benar-benar dapat membantu wanita untuk mudah bersalin.

Ini kerana keadaan fisiologi dan genetik yang berbeza-beza menyukarkan para saintis
mencari formula untuk memudahkan proses kelahiran.

Namun kita jangan risau kerana sebenarnya terdapat beberapa petua yang boleh kita
amalkan dengan niat apabila hendak bersalin nanti akan dipermudahkan.

Ok, jika kita sudah berada pada trimester ketiga kita mestilah 'melonggarkan' urat-urat saraf kita.

Caranya dengan melakukan aktiviti fizikal seperti berjalan kaki dan juga melakukan aktiviti regangan.

Tujuan kita melakukan aktiviti fizikal ini supaya setiap otot pada bahagian badan kita elastik dan mudah berlakunya pengecutan dan pengembangan.

Kedua adalah dengan mengamalkan teknik pernafasan yang betul. Diwaktu pagi, selalu amalkan tarik nafas yang panjang, tahan dan kemudiannya hembus.



Tujuan kita melakukan teknik pernafasan yang demikian adalah untuk melancarkan aliran darah keseluruh bahagian badan kita.

Selain daripada itu ia juga dapat menstabilkan proses kitaran hormon.

Nanti apabila hendak bersalin kelak, hormon yang membuka rahim iaitu prostaglandin dapat dirembeskan dengan sempurna.

Dengan itu ia membantu anda untuk bersalin kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...