Isnin, 11 April 2011

Wanita Hamil Ada banyak keputihannya!

Awak tahu tak wanita hamil adalah satu golongan yang mudah dijangkiti keputihan.

Ini kerana apabila mereka hamil, kitaran hormon mereka secara automatik akan berubah daripada sebelumnya.

Perubahan ini mendorong kepada perubahan pH/keasidan pada kawasan genital mereka.

Oleh itu, perubahan pH ini memudahkan lagi bakteria 'menyerang' kawasan genital.

Persekitaran yang dihasilkan oleh pH amat sesuai untuk pembiakan bakteria penyebab keputihan.

Kesan daripada proses berkenaan akan menyebabkan vagina wanita hamil itu akan mengeluarkan cecair putih yang berbau kurang enak.

Jika wanita hamil berkenaan tidak merawat keputihan itu secepat mungkin, ia boleh membawa kepada jangkitan pada saluran kencing dan jangkitan pada janin.

Awak perlu tahu bahawa jangkitan pada saluran kencing amat menyakitkan! Ia seperti digambarkan sebatang jarum peniti keluar dari lubang kencing kita!...oh!

Jadi atas keperihatinan saya, saya syorkan awak mendalami teknik-teknik mencegah dan merawat keputihan ini dari seorang pakar.

Awak boleh ke laman web ini untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan keputihan:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...