Senaman kagel seeloknya dilakukan semasa pundi kencing kosong.
1) Senaman ini boleh dilakukan ketika baring atau duduk.
2) Mulakan kontraksi otot pelvik
3) Kekalkan kontraksi selama 3 saat dan releks otot berkenaan selama 3 saat
4) Ulang 10kali
5) Apabila sudah mahir dengan kontraksi - relek selama 3 saat, naikkan ke 4 saat dimana diselang selikan proses kontraksi dan releks masing-masing selama 4 saat.
6) Selepas itu, naikkan pula ke 10 saat, iaitu kontraksi selama 10 saat dan diikuti dengan releks selama 10 saat.
Untuk mendapatkan kesan maksimum, golongan lelaki digalakkan belajar mengenali otot yang terbabit dan tidak menggunakan otot yang salah seperti di bahagian abdomen, peha dan punggung.
Proses untuk mengenali otot pelvik ini akan mengambil masa dan perlukan banyak kesabaran sebelum mendapat kesan sebaikknya. Seeoloknya tidak perlu menahan nafas ketika latihan ini. Paling penting, pelakunya perlu berada dalam keadaan releks dan fokuskan perhatian kepada otot di bahagian pelvik.
Senaman kagel ini dilakukan seelok-eloknya 3 kali sehari. Setiap kali senaman, lakukan 10 kali set kontraksi dan releksasi. Ini boleh dilakukan walaupun sedang membaca dan menonton televisyen.
Artikel dari http://petuakahwin.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan