Sabtu, 16 April 2011

Pilih coli yang sesuai

Dari Mingguan Wanita Bil: 1366

Menurut Dr, Harun Delaila dari Delaila Spa dan Aesthetics, tabiat menaggalkan coli ketika tidur adalah baik untuk kesihatan payudara. Begitupun, wanita masih perlu memakai coli ketika tidur. ini kerana kekerapan tidak memakai coli menyebabkan keanjalan otot payudara mengendur kerana otot bahagian ini tidak disokong. Pastikan memilih coli lebih selesa dan tidak terlalu ketat bagi membolehkan kulit bernafas dan selesa ketika tidur.

"Selain faktor pemakaian coli, terdapat faktor lain yang boleh menyebabkan payudara seseorang mengendur. Antaranya adalah faktor umur yang menyebabkan pengeluaran hormon berkurangan sekaligus menyebabkan kolegen tidak anjal.

"Malah, ada penyakit yang boleh menyebabkan kurangnya kolegen iaitu penyakit Auto Immune yang mana ia tidak dapat menghasilkan kolegen dalam tubuh seseorang. Untuk mengatasi masalah kekenduran payudara, faktor senaman amat penting dan perlu dititkberatkan. Ini kerana melalui senaman, ia dapat mengetatkan kembali otot-otot sekaligus memberi sokongan pada tisu payudara," terang Dr. hatun sambil menambah penggunaan mesin berteknologi canggih juga membantu mengembalikan keanjalan payu dara sekaligus dapat mengencangkannya.

Artikel dari di http://petuakahwin.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...