Apakah genre Muzik kegemaran anda? Pop? Balada? Rock? Dangdut?
Bila kita dengar lagu-lagu kegemaran, kadang-kadang kita akan di awang-awangan kerana keasyikan mendengar lagu-lagu tersebut.
Namun, semerdu mana sekalipun lagu/muzik yang kita dengar tu, sekali-kali tidak akan dapat menandingi bunyi tangisan pertama bayi comel seseorang. Ia sangat menyentuh kalbu.
Tetapi hari demi hari, jika tangisan-tangisan ini semakin berterusan dan sukar untuk ditenteramkan, ia bertukar menjadi sesuatu yang menimbulkan tekanan emosi kepada ibu bapa dan ahli-ahli keluarga yang lain.
Bagi bayi tersebut pula, tangisan yang berterusan ini akan bakal meninggalkan kesan negatif kepadanya dari segi perkembangan emosi dan mental. Ini dibuktikan oleh kajian pakar-pakar dari seluruh dunia.
Satu-satunya cara bagi bayi menyampaikan hajat dan keinginan mereka adalah melalui tangisan. Jika keinginan mereka dipenuhi, mereka akan berhenti menangis.
Alangkah baiknya jika anda sebagai ibu-bapa dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh si comel. Sudah tentu si comel itu akan ceria selalu.
Sebenarnya dengan meneliti bunyi tangisan bayi, anda boleh bezakan sama ada bayi tersebut, penat, letih, tidak selesa, perlu sendawa atau sebab-sebab lain.
Ya, hanya dengan meneliti nada dan bunyi tangisan bayi, anda boleh tahu apa kehendak si comel anda.
Nak tahu macam mana? KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan