Selasa, 26 April 2011

Kenapa lewat datang haid?

Seorang wanita dilengkapi fungsi fisiologi tindak balas yang agak kompleks.

Kadang-kadang tindak balas fisiologi ini tidak dapat kita meramalnya dengan tepat.

Sebagai contoh kitaran haid.

Ada orang cepat datang haid, ada orang lambat datang haid dan ada juga langsung tidak datang haid.

Ok, sebagai penjelasan kita perlu tahu dahulu kenapa haid terjadi.

Ia terjadi apabila sel-sel pada uterus gugur akibat daripada tiadanya persenyawaan ovum-sperma.

Dalam penghasilan ovum, ia memakan masa selama 20hari hingga ke 40 hari. Seperti yang saya katakan tadi ia terpulang kepada fisiologi tubuh
masing-masing.

Untuk makluman anda, kitaran haid selama 20hari hingga 40 hari adalah normal.

Tidak semestinya kitaran haid 28 hari barulah kita subur. Tidak ya...

Sebelum saya hamil anak pertama, kitaran haid saya dalam lingkungan 20 hari hingga 40 hari.

Ia tidak sekata tiap-tiap bulan.

Apa yang penting setiap bulan kita sebagai wanita mampu untuk menghasilkan ovum. Haid yang datang telah menunjukkan ovum kita telah berjaya dikeluarkan dari ovari.

Akhir sekali, saya harapkan info saya pada kali ini dapat merungkai masalah
berkaitan kitaran haid ini.

Saya tahu ramai wanita stress kerana kitaran haid mereka bukan 28 hari...

Dan stress itulah antara penyebab pelekatan ovum-sperma tidak menjadi.



Artikel disedut dari http://petuakahwin.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...