2 minggu yang lepas ada seorang isteri bertanya kepada saya.
Sekarang usia perkahwinan mereka sudah masuk setahun 2 bulan. Namun mereka masih belum ada tanda-tanda untuk hamil.
Mereka hampa...
Namun mereka tengah giat berusaha untuk mendapat cahaya mata yang pertama.
Saya ada bertanya mengenai bagaimana kitaran haidnya. Dan dia menjawab normal sahaja kitaran haidnya, Tiap-tiap bulan datang seperti biasa.
Kemudian saya bertanya adakah dia pernah mengambil pil perancang. Dan dia menjawab TIDAK.
Kami terdiam seketika...dan saya bertanya lagi. Bagaimana dengan aktiviti seksual mereka?
Dia secara terus terang menjawab bahawa mereka suami-isteri baru sahaja tahu mengenai 'hari-hari subur'.
Jadi sebelum ini mereka tidak pernah menentukan bilakah hari suburnya.
Untuk makluman anda, kegagalan menentukan hari subur wanita adalah salah satu penyumbang kepada kesukaran untuk hamil.
Jadi, tips yang berguna untuk anda adalah dengan melakukan aktiviti seksual sekerap mungkin selepas darah haid berhenti.
Kekerapan disini bermaksud 2 @ 3 hari sekali untuk bersama. Bukan seminggu sekali @ sebulan sekali.
Diharapkan perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan