Sebenarnya kita tidaklah perlu mempunyai rupa paras yang cantik/cun/hansem untuk menambat hati seseorang,tetapi yang paling penting ialah keikhlasan dan kejujuran adalah perkara asas yang wajib anda tahu terlebih dahulu.
Keikhlasan dan kejujuran akan jelas terpampang di raut wajah sekiranya kita memang jujur dan ikhlas untuk mencintai orang lain. Cintai diri anda sendiri dahulu sebelum anda cuba untuk mencintai orang lain.
Yelah kan...
Jika anda tidak jujur dan ikhlas mencintai diri anda sendiri bagaimana pula orang lain mahu mencintai diri anda. Keikhlasan dan kejujuran yang
saya maksudkan ialah penampilan dan keterampilan anda perlulah dijaga.
Tips sikit...
Kebersihan,cara pemakaian,pergaulan dan sebagainya perlulah dijaga kerana walau sebesar kuman pun kesilapan anda lakukan,pastinya ianya akan menjadi buah mulut orang lain. Akan tetapi jika sebesar gunung pun kebaikan yang anda lakukan belum pasti ianya akan mendapat pujian dari orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan