Rabu, 25 Mei 2011

Fakta Mengejutkan Tentang Kesuburan Lelaki!!

*Artikel ini hanya untuk maklumat semata-mata, bukan bertujuan sebagai diagnosis atau khidmat nasihat profesional. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi sebarang khidmat nasihat atau rawatan.


Penjagaan Gigi Yang Tidak Sempurna Punca Kepada Masalah Kesuburan Lelaki!

Adakah ini satu gurauan?

Oh tidak, ia adalah fakta yang disokong oleh pelbagai kajian-kajian klinikal.

Para pengkaji dari hospital Bikur Holim, Israel, mendapati bahawa penyakit gusi memberi kesan terhadap penghasilan sperma yang sihat.

Manakala sekumpulan pengkaji dari University of Berlin, Germany pula mendapati bahawa rawatan kesuburan terhadap 18 lelaki telah menemui kegagalan. Mereka dapati 18 lelaki ini mengalami masalah gigi dan gusi. Setelah kesemua 18 lelaki ini menjalani rawatan pergigian, didapati 6 daripada isteri mereka telah berjaya hamil.

Dalam suatu kajian yang lain, para pengkaji mendapati sekumpulan lelaki gagal dirawat dengan antibiotik apabila dikesan terdapat bakteria dalam kandungan semen mereka. Kumpulan ini juga didapati mengalami masalah-masalah gigi dan gusi. Kumpulan lelaki ini kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu kumpulan yang dikawal penjagaan pergigian manakala kumpulan kedua pula masalah pergigian yang tidak dirawat.

6 bulan setelah rawatan pergigian dijalankan, analisis sperma dilakukan sekali lagi. Didapati bahawa 2/3 daripada ahli kumpulan pertama yang menjalani rawatan pergigian menunjukkan sampel sperma yang sihat manakala bagi kumpulan kedua, seprma mereka kekal dalam keadaan 'tidak sihat'.



Bagaimanakah perkaitan antara gigi yang tidak sihat dengan ketidaksuburan lelaki?
Keadaan dimana terdapat jangkitan bakteria pada sperma dikenali sebagai Bacteriospermia. Jangkitan bakteria pada gigi, gusi dan ruangan mulut boleh menyebabkan Bacteriospermia ini. Para pengkaji berpendapat bahawa bakteria ini akan menjangkiti melalui saluran darah ke bahagian-bahagian badan yang lain termasuklah testis. Bakteria ini akan mematikan sperma dan juga menyumbang kepada masalah motiliti dan morfologi sperma.

Oleh itu, pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali sangat penting bagi mengelakkan sebarang masalah dalam proses untuk mendapat zuriat. Mungkin ia nampak remeh, tapi boleh memberikan impak yang besar terhadap kesuburan.



Bieniek et al., 'Diseases of the masticatory system as possible causal factors of infertility' ZWR (1989) 98(10):850, 852, 854.

Bieniek et al., 'Bacterial foci in the teeth, oral cavity, and jaw: Secondary effects (remote action) of bacterial colonies with respect to bacteriospermia and subfertility in males' Andrologia (1993) 25(3):159-162.

Ensslen et al., 'Male subfertility and oral bacterial diseases' Zentralbl. Gynaekol (1990) 112(13):823-825

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...