Sabtu, 14 Mei 2011

Adakah anda tahu apa yang diperlukan untuk memikat lelaki idaman anda?

Assalamu a’laikum dan Salam Sejahtera,

Boleh dikatakan jika semua orang tahu cara nak menawan dan menarik hati lelaki , akan tetapi tidak ramai yang tahu cara menawan yang lebih tepat.Kerana ramai daripada anda telah banyak kali mengalami kegagalan dan masalah dalam perhubungan. Masalah ini ramai yang telah mengalaminya kerana bagi mereka untuk memikat hati lelakiini bukanlah satu seni yang harus dipelajari dan diperhalusi.

Seperti anda memandu kereta,hendaklah menggunakan gear satu dahulu sebelum ke gear dua,tiga dan seterusnya ke gear yang keempat.Jika anda terus ke gear empat maka akan rosaklah gearbox anda itu.Oh ya saya bukannya nak berceritakan tentang kereta tetapi jika anda ingin memulakan untuk memikat lelaki dalam ertikata lain memikat,anda haruslah mengikut langkah demi langkah (step by step).Jika terus hentam sahaja mana boleh dapat,tetapi jika anda ada RM (Ringgit Malaysia)satu almari muka pecah rumah pun boleh dapat perhatian dan memikat hati lelaki ini.

Memikat lelaki itu adalah satu seni yang yang ramai diluar sana tidak mengetahuinya.Kerana seni di dalam memikat itu susah untuk ditonjolkan melainkan bagi mereka yang betul-betul tahu akan keseniannya. Dan disebabkan itulah mereka yang tahu akan kesenian memikat ini tidak pernah hampa atau gagal dalam menjayakan misi mereka itu.

Bukan satu atau dua malah mereka ada berbelas-belas spare tyre,kadang-kadang bagi kita yang langsung tidak ada buah hati atau kekasih hati pasti akan merasa pelik bagaimana mereka ini boleh mendapat teman istimewa dengan cara yang begitu mudah sekali.Pada hal muka kebanyakkan dari mereka itu tak lah ok sangat jika dibandingkan dengan anda sendiri.Rahsianya sangat mudah kerana kebanyakkan dari mereka ini memulakannya mengikut langkah-demi langkah.Yang dahulu didahulukan dan yang kemudian di kemudiankan.Barulah ada mata yang akan memandang tanpa berkelip pada anda.

Untuk memikat hati lelaki ini , anda haruslah mencari satu aset yang dapat menarik dan tidak ada pada orang lain.Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa didalam diri kita ini ada satu aura yang boleh menarik tumpuan orang.Untuk mendapatkan aura ini anda haruslah menyelami dan mendalami akan diri anda sendiri.Bagaimana cara nak menyelami dan mendalaminya?Semuanya ada di dalam
www.tintacinta.com

Kesimpulannya, dalam proses belajar memikat hati lelaki ini,anda seharusnya tahu akan kehendak dan citarasa setiap lelak. Ini akan lebih memudahkan anda untuk meneruskan langkah-langkah yang seterusnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...