Ahad, 22 Mei 2011

Saya ada kencing manis tapi saya nak hamil. Bagaimana?

Hari ini saya nak kongsi bersama anda info yang boleh dikatakan penting yang berkaitan kehamilan.



Bagaimana wanita yang mengidap kencing manis ingin hamil?



Untuk makluman anda, wanita yang tidak kontrol kandungan gula dalam darahnya tidak digalakkan untuk hamil.



Namun jika wanita itu stabil kandungan gula dalam darahnya maka ia dibolehkan untuk hamil.



Apabila wanita itu hamil, beberapa ubat kencing manis tidak boleh diambil kerana

dikhuatiri menjejaskan bayi kandungan.







Oleh itu, rawatan seperti suntikan insulin akan diberikan supaya kandungan gula

kekal stabil.



Jika kandungan gula tidak stabil ketika hamil, situasi ini amat bahaya.



Kerana risiko kecacatan bayi dan juga keguguran akan berlaku.



Akhir kata dari saya, wanita yang mengidap kencing manis perlu melakukan perbincangan yang rapi dengan ahli keluarga dan juga doktor perubatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...