Anda sendiri sedia maklum bahawa setiap hari bilangan rakyat Malaysia bertambah, bilangan pelajar turut meningkat, sudah tentu bilangan graduan semakin ramai yang mana bakal menjadi pesaing kepada anak-anak kita.
Perhatikan Fakta-fakta Berikut:
6277 pelajar di seluruh Malaysia dapat A dalam semua mata pelajaran
(SPM 2008)
7987 pelajar di seluruh Malaysia dapat A(A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran
(SPM 2009)
139, 207 permohonan bagi kemasukan pelajar ke IPTA bagi sesi 2009/2010
(Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi)
Hanya 3% dari pelajar lepasan menengah yang berjaya ke IPTA
(Education Guide Malaysia Edisi Ke-4)
120,000 pelajar Melayu lepasan SPM dan STPM gagal mendapat tempat di IPTA pada tahun 2005
(Institut Kajian Pertumbuhan Ekonomi Melayu Malaysia, statistik Unit Pengambilan Universiti (UPU))
Kumpulan tersebut mempunyai kelayakan yang mencukupi tetapi gagal melanjutkan pengajian ekoran bilangan tempat yang sangat terhad
(Utusan Malaysia, 13 Julai 2005)
Kita perlu sedar akan perkara yang bakal anak-anak kita tempuhi pada masa yang akan datang iaitu:
Persaingan!!!
Statistik di atas adalah bagi tahun 2008 dan 2009. Kalaulah sekarang anda ada anak umur 7 tahun. Adakah 10 tahun lagi statistik tersebut tidak ada peningkatan? Kalau sedang mengandung, fikirkan bagaimana persaingannya 17 tahun lagi. Mungkin anda juga perasan bahawa ibu-bapa sekarang berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat perkembangan minda yang memerlukan kos beribu-ribu ringgit? Lain lagi kos-kos bagi buku-buku pendidikan dan alat-alat permainan bagi rangsangan minda.
Persaingan untuk mendapatkan biasiswa!!… Kalau dulu, hampir semua pelajar Melayu yang masuk universiti dapat biasiswa atau dermasiswa (barangkali zaman anda dulu). Tapi sekarang sudah berubah, kalau pelajaran tak seberapa, alamat tak dapat lah nak mengharapkan biasiswa. Ibu bapa terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk membiayai pelajaran anak yang semakin meningkat.
Namun bagi pelajar cemerlang seperti adik Nik Nur Madihah yang memperolehi 20A SPM 2008, tawaran datang mencurah-curah..
Perbelanjaan pendidikan anak-anak pada peringkat awal jauh lebih bermakna daripada perbelanjaan ketika mereka sudah dewasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan