PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH SUAMI SEMASA ISTERI MENGANDUNG
1-
Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan
pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk
meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri
amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia
dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh
mereka.
2- Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua
tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya
membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri
juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan
mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah
lebih baik.
3- Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri
mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan.
Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah
dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda.
Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang
lambat.
4- Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri
anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang
perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi
untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah
ciri seorang suami yang baik.
5- Belajar- Semasa isteri anda
mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti
harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti
ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda
marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.
6-
Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan
hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka
kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula
melakukan tugasan yang sama.
7- Membantu menjaga anak yang
lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa
untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah
cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.
8-
Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan
isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah
mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.
9- Pinjamkan tangan
anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan
anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk
pergi ambil air suam di dapur.
Kebiasaannya, suami dan org
lelaki selalu "take things for granted dan insensitive". Kita pula
selalu berharap suami lebih memahami tanpa kita bersuara meminta itu
& ini. Disinilah selalu terjadinya "miss-communication &
miss-expectation" sehingga isteri stress memendam rasa lalu hubungan
suami isteri menjadi dingin.
Akan tetapi, untuk menjadi seorang
isteri yang taat, tenang dan adil, berkomunikasilah dengan santun dan
kasih sayang. Isteri juga harus faham bahawa suami kita adalah seorang
lelaki yang memang dilahirkan dengan ego yang telah terfitrah dan
tersedia 'built in' dalam diri mereka, dan semua perkara negatif itu
boleh dielak sekiranya ada komunikasi dan dilakukan dengan penuh hikmah
serta ikhlas.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan