Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.
Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah.
Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2.
Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip
yang boleh kongsi bersama.
1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak
kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu
waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada
Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa
hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu,
habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi
kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang
bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.
2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama
anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini
makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah
Maha mendengar lagi maha melihat.
3. Masa bangun solat malam,
solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat
dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia
yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang
hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia
akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.
4. Minta
dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan
Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan
tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.
5. Peluklah
anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa
kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita
bangga mempunyai anak sepertinya.
6. Maafkan anak Kita setiap
masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri
mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita
dimasa lampau.
7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita,
jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika
ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang
sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan
Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud
membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .
8. Amalkan
membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita
termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai
Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan
demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah
doa permohonanku.]
9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada
pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak
mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi
pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.
10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku
sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham
agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke
neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh
beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad
S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah
selalu.
- Prof Dr Muhaya
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan