Ahad, 1 September 2013

6 RAHSIA SEKS WANITA

Dalam memastikan kehidupan seks suami isteri berlangsung dengan harmonis, ada beberapa aturan yang harus disepakati. Antara yang paling utama, adalah masing-masing tidak boleh bersikap EGO. Keduanya perlu memahami keinginan pasangan agar sama-sama mencapai kepuasan dan kebahagiaan dalam berumah tangga.

Namun begitu yang selalu menjadi masalah adalah para isteri tidak berani menyatakan apa yang mereka rasakan dan apa yang mereka ingini ketika hubungan intim. Akibatnya, ramai suami bertanya-tanya, bagaimana mereka mampu memuaskan pasangannya.

Sebenarnya wanita memiliki rahsia yang boleh membuat ghairahnya makin menggebu-gebu. Jika perkara ini diketahui dan dipraktikkan oleh suami maka seks akan sentiasa memberi kepuasan dan kebahagiaan buat isteri. MW kali ini membocorkan 6 rahsia tersebut untuk para suami:

1. UNGKAPAN CINTA DAN SAYANG.
Ghairah atau nafsu isteri anda akan mudah menyala bila mereka mendengarkan ungkapan-ungkapan tentang perasaan cinta dari pasangannya. Oleh itu seharusnya belajar mengungkapkan perasaan mereka pada isteri. Ringan mulut untuk meluahkan kata-kata cinta I Love You, I Miss You dan sebagainya. Kata-kata seperti ini membuatkan isteri rasa terbuai dan hasrat seks mereka mampu muncul dalam tempoh yang singkat.

2. LONTARAN PUJIAN
Setelah berkahwin dan melahirkan anak, ramai wanita merasa kurang yakin tentang penampilan mereka. Tubuh dirasakan gemuk, wajah tidak lagi cantik malah penampilan dirasakan serba tidak kena. Cara terbaik untuk meningkat keyakinan diri isteri adalah pujian daripada suami tersayang. Oleh itu lontarkanlah pujian buat orang rumah anda. Katakan kepadanya kecantikannya tetap terserlah biar sudah punya cahaya mata. Jika mungkin tubuhnya sudah tidak selangsing dulu, pujian aspek lain yang selayaknya dipuji. Hal ini akan memberi kesan ketika isteri beraksi di ranjang.

3. SENTUHAN LEMBUT
Isteri memerlukan perasaan dan sentuhan yang lembut sebelum menyerahkan tubuhnya pada suami. Belaian manja, pelukan, ciuman serta perlakuan suami yang menyenangkan di tempat tidur amat diharapkan. Perkara-perkara ini sangat mempengaruhi respons dan ‘persembahannya.’ Sikap suami yang tidak memberi perhatian, menggunakan bahasa kasar, kata-kata menyakitkan ataupun sentuhan kasar hanya membuat isteri sukar terangsang dan kurang bersemangat sewaktu berhubungan intim dengan suami.

4. BUKAN ORGASM SEMATA-MATA
Ramai suami berpendapat bahawa pasangan yang hebat adalah yang mampu isterinya sentiasa mencapai puncak kenikmatan seksual. Memang tidak salah pendapat ini tapi hakikat sebenarnya adalah klimaks itu bukanlah segala-galanya bagi seseorang wanita. Ada antara wanita yang sudah puas dengan aktiviti pemanasan yang dilakukan oleh suami sahaja.

5. JANGAN TERLALU SERIUS
Hubungan intim yang diselangi dengan canda sebenarnya lebih berkualiti. Ia menjadikan suasana hubungan intim lebih relaks dan santai sekali gus lebih berkualiti. Tapi ramai suami yang terlalu serius tentang acara seks. Mereka lupa untuk ketawa, romantis, nakal, dan bersenang-senang. Hubungan yang dipenuhi dengan unsur-unsur ini akan menjadikan seks sebagai momen indah dan menyenangkan.

6. PERHATIAN SELEPAS SEKS
Ramai isteri mengeluhkan pasangan mereka terus tidur selepas bercinta. Memang benar bahawa selepas seorang lelaki melakukan hubungan seks, mereka melalui sebuah fasa refraktori. Ketika ini dia kehilangan ereksi dan berasa kepenatan selain rasa relaks menyebabkan serangan mengantuk. Namun begitu tahanlah seketika perasaan ini demi isteri. Wanita masih memerlukan sentuhan daripada suami selepas berhubungan intim agar dirinya berasa terus di hargai bukan habis madu sepah dibuang. Jika terlalu mengantuk tidak salah anda memeluknya sambil berbual seketika, setidak-tidaknya anda tidur ketika masih memeluk dirinya.


Dah dapat petua-petuanya?
Jangan baca sahaja, selamat beramal ye.
http://bit.ly/abangperkasa1

Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...