1. Periksa payudara anda
Anda digalakkan
untuk membuat pemeriksaan payudara anda sendiri sekurang-kurangnya
sebulan sekali. Waktu yang sesuai untuk anda lakukan pemeriksaan ini
adalah pada tarikh yang sama setiap bulan atau beberapa hari selepas
kedatangan haid. Mengikut kajian, selepas haid payudara anda masih lagi
lembut dan senang untuk mengesan sekiranya terdapat sebarang tanda dan
segeralah berjumpa dengan doktor.
2. Jauhi pembedahan
Ada
segelintir wanita yang ingin memiliki payudara yang besar dengan
mengambil jalan yang mudah iaitu melakukan pembedahan. Sebelum anda
mengambil keputusan untuk melakukan anda digalakkan membuat beberapa
kajian akan risiko yang anda akan alami selepas melakukan pembedahan
tersebut kerana ia mungkin akan mengorbankan asset kesayangan ini.
Sebenarnya kecantikan seorang wanita datangnya dari dalam diri seseorang
wanita itu sendiri.
3. Kesihatan payudara
Bagi mendapatkan
bentuk payudara ynag menawan, anda digalakkan untuk membuat beberapa
senaman bagi menguatkan otot pektoral dan yoga. Senaman ini dapat
memberi kepuasan kepada anda kerana ia akan menjadikan payudara anda
cantik, montok dan menawan. Di sini ada beberapa cara untuk menguatkan
otot pektoral :
i) Senaman biasa
-tekan kedua telapak tangan ke dinding sambil anda memandang ke atas.
-anda diminta untuk menahan beberapa minit dan lepaskan secara perlahan.
-posisi ini haruslah diulang beberapa kali dan ia boleh dilakukan di dalam bilik mandi.
-lakukan mengangkat dan menurunkan bahu secara berulang-ulang untuk memperkuatkan otot payudara anda.
ii) Yoga
-untuk melakukan senaman secara yoga anda perlu menenangkan fikiran
dahulu sambil menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan secara
perlahan-lahan.
-kedua lengan didepakan separas bahu dan gerakan perlahan-lahan lengan kanan ke atas dan lengan kiri ke bawah.
-berhenti lima saat dan sambung semula dalam posisi yang sama tetapi lengan kiri ke atas
-lakukan gerakan tersebut sebanyak 10 kali setiap hari.
4. Sentuhan lembut
Percaya atau tidak sebenarnya minyak aromaterapi boleh digunakan untuk
mengurut serta menganjalkan payudara. Sentuhan yang lembut dan urutan
yang sempurna akan dapat memberi ransangan kepada saluran darah di
payudara anda. Cara urutan yang disyorkan kepada anda adalah dengan
mengurut ke luar, ke bawah dan ke dalam mengikut aliran payudara anda.
Jika dibandingkan dengan penggunaan masker dank rim, cara menggunakan
minyak aromaterapi lebih efektif kerana ia akan memudahkan urutan dan
minyak akan lebih cepat menyerap ke dalam saluran.
5. Menjaga kebersihan payudara
Kita digalakkan untuk menjaga kebersihan diri termasuk jugalah dengan
payudara kerana payudara yang bersih akan membuat payudara bertambah
cantik. Apabila anda melakukan pemeriksaan, anda haruslah memberikan
sepenuh tumpuan pada bahagian puting kerana ia merupakan kilang
pengeluaran susu minyak. Pengeluaran minyak adalah bertujuan untuk
melicinkan bahagian putting dan arela supaya ia tidak kering serta kulit
tidak pecah. Cara penggunaan kapas dan minyak zaitun juga boleh
dipratikkan untuk membersihkan kelenjar minyak yang melekat di bahagian
puting.
6. Guna baju dalam yang sesuai
Apabila anda memilih
baju dalam, anda haruslah memilih mengikut kesesuaian anda. Contohnya
memakai baju dalam ketika hamil dan tempoh menyusu anda, haruslah sesuai
mengikut situasi tersebut. Ini kerana untuk memastikan payudara berada
di dalam keadaan yang betul.
7. Penyusuan
Ketika menyusukan
bayi, anda haruslah meletakkan bayi di dalam posisi yang betul agar
bayi anda tidak menarik payudara anda. Di dalam proses penyusuan
berlaku, terdapat masalah yang dihadapi oleh segelintir wanita yang
dipanggil bengkak susu. Masalah ini dapat diatasi dengan cara memerah
susu secara lembut untuk mengurangkan kesakitan atau dengan cara menuam
payudara menggunakan air suam.
Anda juga perlu tahu, dengan
menyusukan anak ia dapat membantu mengecutkan rahim dengan cepat kepada
asal dan menghindarkan daripada terkena penyakit barah yang ditakuti
oleh wanita di dunia ini.
8. Jangan ramas payudara anda
Anda dinasihatkan agar tidak meramas payudara ketika melakukan hubungan
kelamin, ini kerana ia boleh membuatkan payudara anda lebih cepat kendur
daripada biasa. Jadi anda harus mengingatkan pasangan tentang perkara
ini.
Sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan