Ahad, 15 September 2013

ADAKAH SUAMI ANDA MASIH LAGI LELAKI YANG ROMANTIK...?



Jadi, andai kata suami anda masih lagi romantik pastinya dia memiliki ciri-ciri dibawah:

✔ Masih memanggil isteri dengan panggilan kasih sayang seperti 'yang, anja, ling atau baby' (walaupun body kita dah tak macam baby lagi) panggilan suami tetap hangat dan penuh kemanjaan untuk isteri.

✔ Sentiasa memuji masakan isteri walaupun dah 20 tahun, masakan isteri masih ditahap lama dan tak penah improve...untuk mengambil hati isteri.

✔ Masih lagi memuji-muji kecantikan isteri tercinta walaupun kecantikan kita hampir pudar dan pupus, kerana pada usia midi dan atas beberapa faktor, suami tetap memuji : "ayang tetap cantik macam abg mula-mula kenal dulu"

✔ Membawa isteri ke tempat2 yang menjadi nostalgia percintaan laila-majnun kita dulu-dulu...tempat mula2 bertemu. dapat anak pertama dan sebagainya agar kasih sayang terus bersemarak dan menyala

✔ Membeli hadiah di hari-hari istimewa isteri seperti ulang tahun perkahwinan atau hari jadi isteri atau membawa isteri ber'candle light dinner'berdua2an sempena hari penting itu.

✔ Masih kerap memberi sentuhan2 manja dan mesra pada kita, ciuman di dahi sewaktu hendak ke tempat kerja, genggam tangan kita dengan erat dan penuh kehangatan sewaktu berjalan berdua2an, cuiman di pipi tanda kasih masa hari2 istimewa..kalau ada maknanya masih romantiklan suami kita.

✔ Selalu call isteri walaupun bertugas jauh dan rajin hantar mesej2 tnya khaabr atau tanya apa saja...smpai kdg2 kita naik rimas sebab terlalu kerap hantar sms...

✔ Suami memeluk kita 7 kali sehari dengan memberi ucapan mesra, bukannya 7 hari sekali!!..seseorg yang sering disentuh oleh pasangannya sekurang2nya 7 kali sehari akan menjadi hangat dan mesra dalam perlakuan dan kata2.

✔ Sering mengajak kita berdua-duaan tanpa riuh rendah dengan membawa kita bercuti, beriadah, berkelah atau ke tempat-tempat yang romantik.

Setelah kita semak jwpannya lebih banyak TIDAK dari pada YA, janganlah kita bersedih hati atau merajuk kerana itulah suami kita..sabar sajalah, yang penting hatinya tetap pada kita...dan teruskan kehidupan bersamanya dengan lebih ceria.

Tapi andai jawapannya lebih banyak YA dari TIDAK, tahniah kerana mendapat suami yang cukup romantik walaupun sudah lama hidup bersama. Jagalah perkahwinan anda hingga akhir nanti.


Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...