Adab Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam
1) Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran.suami boleh lakukan di
mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok di lakukan sebaik saja anak
keluar dari rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah.(tasbih,takbir,tahmid)
2) Sunat diazankan di telinga bayi supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang di dengar oleh bayi.
3) Memohon doa keselamatan untuk anak sepaya dijauhkan dari gangguan
syaitan.Jangan sesekali melakukan amalan meletakan gunting,paku dan
sebagainya lagi d bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau
sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan
khurafat.
4) Sunat memberikan ucapan tahniah kepada ibu bapa
yang baharu sahaja mendapat anak.disarankan mereka yang berkunjung melawat
bayi menghulurkan buah tangan seperti hadiah,wang dan sebagainya kepada
ibu bapa tersebut.
5) Tanam uri segera kerana ia adalah benda
kotor dan najis.Uri trsebut tidak perlu dbersihkan seperti yang
dilakukan oleh sesetengah masyarakat yg membersihkan uri dengan garam
dan asam. Sebaiknya bungkus terus dan segera di tanam.Jangan
percayakepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain seperti
pensil,buku,paku kerana percaya memberi nasib yg baik kepada bayi. Amalan
itu boleh merosakkan akidah.
6) Sunat menamakan anak yang baru
lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yg akan
dipanggil di hari akhirat kelak.nabi menyuruh ibu bapa memberi nama
anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.
7) Sunat melakukan
tahnik atau belah mulut bayi baru lahir. Tahnik ialah mengunyah buah
kurma dan dletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi.Tahnik brtujuan
memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yg fasih
dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak
berfaedah dan mendatangkan maksiat.
8 ) Sunat membuat aqiqah
9) Mencukur jambul atau rambut anak yang baru lahir. Menggunting sedikit
rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Menggunakan buah kelapa dan
segala campuran seperti garam,beras dan bunga semasa mencukur rambut
anak tidak dbenarkan kerana amalan ini di ambil daripada budaya Hindu.
10) Mengkhatankan anak.hadis daripada al-Baihaqi menyebut Rasulullah
bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu
lahir pada hari ketujuh. Perkara ini menjadi sunat bagi kaum perempuan. Bagi
perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang
sahih tentang wajib berkhatan bg perempuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan