Pada satu hari anda berjalan-jalan di taman dan mengesan seseorang yang menarik
perhatian anda. Anda sangat berminat untuk berkenalan dengannya. Tetapi apakah cara untuk anda mendekati dia ini? Apa yang anda perlu lakukan adalah :-
1) Pandang padanya dengan tetap selama beberapa saat. Berikan renungan paling menawan yang anda boleh beri.
2) JIKA DIA MEMANDANG, SENYUM PADANYA. Jangan larikan mata anda
3) Bersiap sedia untuk sidia memalingkan mukanya. Manusia memang telah dilatih untuk memalingkan muka kerana rasa malu.
4) JIKA DIA MEMANDANG KEMBALI DALAM 45 SAAT, berikan senyuman, angguk padanya atau angkatkan kening anda. Perbuatannya untuk menoleh semula dalam 45 saat itu menandakan dia berasa tertarik dengan anda
5) Langkah terakhir adalah untuk bergerak padanya dan mulakan perbualan anda dengannya. Ia perlukan keberanian ya!
Mudah kan? ianya pasti berkesan. Kalau tak percaya, cubalah dahulu :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan