Rabu, 22 Jun 2011

Tips ambil hati dia (utk mudah bercinta kelak)

Semasa berbual, ada caranya untuk mengambil hatinya. Pada kebiasaanya, cara yang digunakan adalah dengan memberikan pujian kepadanya.

Ada satu cara lagi,

Kebiasaanya, semakin rapat seseorang, maka ada kalanya dia akan mendedahkan sedikit rahsianya atau perasaanya kepada anda samada marah kepada kawannya, sukakan baju baru yang dibelinya dan lain-lain.

Sedar atau tidak , marah, suka dan lain-lain perasaan adalah kunci untuk anda memikat dirinya.

Sebagai contoh, apabila dia sedang marah, gunakan teknik empati. Ianya adalah hanya mendengar sahaja apa yang dikatakannya.

Respon yang anda perlu berikan adalah ' owh'..'aha'....'yee ke' ..'kesiaanya' kemudian anda pula ulang cerita tadi dan anda pula yang marah lebih2.

contoh :-

Dia : Saya benci betul dengan bos saya, asyik buli saya je

Awak : Ye ke(empati), kesiannya awak (empati lagi)...cuba awak
cerita pada saya?

Dia : Bos saya ni haa asyik bla bla (standard conversation)....

Awak : Woh yeke (empati)..teruknya dia (empati)..dia tak patut la buat cmtu. Patutnye dia la yang bla bla bla ... (anda pula perlu kelihatan berlebih2 disini)



Teknik ini sangat mudah, ianya sudah menunjukkan yang anda berkongsi satu perasaan yang sama dengan dia, iaitu MARAH

Owh ya, adalah lebih mudah untuk jatuh cinta apabila anda selalu berkongsi perasaan dengannya. Cuba dengan perasaan yang lain pula ya. Selamat beramal :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...