Isnin, 13 Jun 2011

Awas! Denggi Membunuh!

Apa dia deman denggi?
Deman denggi disebabkan oleh sejenis virus yang boleh berjangkit apabila seseorang digigit oleh nyamuk aedes yang membawa virus demam denggi.
Penyakit ini boleh menyerang semua peringkat umur terutama kanak-kanak di bawah 15 tahun. Ia juga boleh mengakibatkan maut.

Tanda-tanda deman denggi.
* Demam kat yang mengejut
* Berdarah pada badan, hidung dan mulut
* Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan rongga biji mata

Bagaimana demam denggi berjangkit?
* Nyamuk aedes menggigit pesakit demam denggi
* Pesakit demam denggi mengandungi virus denggi di dalam badannya
* Nyamuk aedes membawa virus demam denggi di dalam badannya
* seseorang yang sihat digigit oleh nyamuk aedes

Kenali nyamuk aedes
* Aedes mempunya belang hitam putih pada kakinya
* Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
* Aedes membiak di dalam air jernih yang bertakung seperti di dalam pasu-pasu bunga, kolam mandi, tayar buruk, perangkap semut, saluran bumbung dan lain-lain bekas simpanan air.






Kitaran hidup nyamuk aedes

















Tempat nyamuk aedes membiak di luar rumah
* Tayar buruk
* Tempurung kelapa
* Botol atau gelas pecah mengandungi air
* Saluran air hujan
* Tempayan
* Kolam (kolah mandi)
* Alas pasu bunga
* Tangki air
* Tunggul pokok pisang, pokok keladi dan lubang pokok
* Tin-tin terbiar
* Semua bekas-bekas plastik
* Telaga
* Lain-lain tempat / bekas yang boleh menakung air

Tempat nyamuk aedes membiak di dalam rumah
* Kolam (kolah mandi)
* Perangkap peti sejuk
* Perangkap semut
* Alas pasu bunga

Cara pencegahan
* Salin dan cuci bekas simpanan air seminggu sekali
* Buang air daripada pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu sehingga bersih bagi memusnahkan telur-telur nyamuk
* Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat
* Pelihara ikan gapi, puyu dan sebaginya di dalam tangki air besar
* Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali
* Bekas-bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
* Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul)


INGAT! DENGGI MEMBUNUH!
1- Cari dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk aedes
2- Denda sebanyak RM500 akan dikenakan jika terdapat pembiakan nyamuk aedes di rumah anda
3- Dapatkan rawatan di klinik jika demam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...