Isnin, 20 Jun 2011

Adakah anda menghadapi masalah tak tahu nak ajar anak membaca ?

Adakah anda menghadapi masalah seperti ini:Anda tidak tahu cara merangsang anak anda supaya menjadi anak yang pintar dan bijak.Anda tidak ada pengetahuan asas untuk memberi panduan mengajar anak sendiri

Anda tidak pasti kaedah mengajar membaca yang mana nak digunakan atau masih tercari-cari suatu kaedah yang sesuai untuk mengajar anak sendiri membaca.

Anda juga sedang mencari jalan menjadikan anak anda bijak belajar, matang dan cemerlang dalam segala hal. Anda juga risau melihat ada anak-anak yang malas belajar,tidak minat pada pelajaran dan tidak memberi perhatian kepada pelajaran.



Apatah lagi baru-baru ini ada tersiar di akhbar bahawa 100,000 pelajar sekolah rendah tidak tahu membaca.Berita agak menakutkan ,mana tau anak sendiri pun akan menjadi mangsa jika langkah-langkah yang sewajarnya tak diambil oleh para ibu bapa sejak anak-anak masih kecil lagi!

Sebenarnya saya ada berita baik buat anda mengenai cara untuk menangani masalah ibu bapa yang mahukan anak mereka pandai membaca semenjak awal usia lagi dan bagaimana kepintaran anak-anak boleh dijana. Kalau hendak tahu lebih lanjut,nantikan post saya yang seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...