Ahad, 5 Jun 2011

Tahu tak apa itu risiko kehamilan?

Sebenarnya tidak semua wanita mampu untuk hamil. Perkara ini terjadi adalah
disebabkan beberapa faktor yang perlu diambil kira.

Jika wanita tersebut ingin juga hamil, beberapa risiko yang boleh menjejaskan
nyawa ibu hamil dan juga bayi dalam kandungan bakal berlaku.

Antara faktor yang boleh menjejaskan proses kehamilan adalah seperti faktor usia dan faktor penyakit.



Bagi faktor usia, kajian menunjukkan usia 40 tahun keatas berisiko untuk melahirkan anak sindrom down.

Selain daripada itu risiko untuk terjadinya kelahiran pramatang juga boleh berlaku.

Untuk faktor penyakit, penyakit seperti darah tinggi dan kencing manis amat bahaya
untuk hamil.


Wanita yang mengidap darah tinggi @ kencing manis boleh mengancam nyawa mereka jika
kehamilan diteruskan.

Berbincangan dengan doktor pakar keluarga amat diperlukan supaya kehamilan boleh
diteruskan ataupun tidak.

Jadi, sebelum merancang untuk hamil adalah diwajibkan untuk kita tentukan sejauh mana tahap kesihatan kita.

Ini adalah penting bagi kesejahteraan kandungan anda untuk masa akan datang.

Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini.

Sehingga kita berjumpa lagi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...