Selasa, 31 Mei 2011

Bagaimana ebook "99 Punca Perceraian" mampu mengelak perceraian??

Berikut adalah diantara faedah-faedah yang dimaksudkan:

1. 99 punca yang selama ini kita tidak sedar boleh menyebabkan perceraian berlaku dalam rumahtangga kita. Bukannya 10, 20 atau 30, tetapi 99 punca kesemuanya!

2. Perkara dan perbuatan yang mungkin selama ini kita lakukan dalam aktiviti seharian kita dalam rumahtangga yang tidak kita sedar ianya merupakan salah-satu punca yang boleh menyebabkan perceraian berlaku.

3. Perlakuan-perlakuan yang nampak macam remeh dan kecil, akan tetapi jika dibiarkan, akhirnya akan 'meletus' membawa kepada konflik rumahtangga 'perang besar'. Segala perlakuan tersebut ada didedahkan dalam ebook ini.

4. Setiap pembongkaran punca perceraian ada disertakan sekali dengan Langkah Tindakan apa yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan daripada berlakunya perceraian yang disebabkan oleh setiap punca tersebut.

5. Bagaimana kita boleh mengendalikan konflik rumahtangga kita dengan lebih mudah dan berkesan. Walaupun konflik tersebut sebesar 'gunung' dan kita rasakan tiada lagi jalan penyelesaiannya.

6. Teknik-teknik mudah bagaimana kita boleh kekalkan rasa cinta dan kemesraan kita dan pasangan kita dalam rumahtangga agar perasaan tersebut terus kekal mekar hingga akhir hayat.

7. Dan banyak lagi pengisian penuh bermanfaat untuk kebahagiaan rumahtangga anda dan pasangan anda kelak.

Adakah anda berasa teruja melihat faedah-faedah tersebut?

Isnin, 30 Mei 2011

Ceteknya & Kurangnya Ilmu Rumahtangga Punca Bercerai

Jika anda fikirkan, sejak dari bangku sekolah lagi anda telah dididik untuk membaca, menulis dan mengira. Sehinggalah ke peringkat kolej dan universiti anda diajar untuk menempuh alam pekerjaan tak kira di sektor awam ataupun swasta.

Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa selama ini anda memang tidak pernah diajar dan diberi panduan secara jelas bagaimana menjalani kehidupan berumahtangga?

Pernahkah anda diberi bimbingan ketika di unversiti bagaimana untuk anda mengendalikan konflik atau pergeseran rumahtangga?

Jika anda masih belum melangkah ke alam rumahtangga, anda kini beruntung kerana anda masih boleh mencari ilmu-ilmu ini bagi persediaan anda sebelum berkahwin.

Bagi yang sudah berkahwin juga sebenarnya ianya masih belum terlambat lagi. Anda perlulah ambil tindakan segera melengkapkan diri anda dan pasangan anda dengan ilmu-ilmu berkaitan alam rumahtangga. Terutama sekali berkaitan dengan soal agama.

Banyak kes perceraian rumahtangga yang berlaku disebabkan oleh ceteknya ilmu dan tiada kemahiran untuk mengendalikan konflik hubungan rumahtangga secara berkesan.

Dengan adanya ilmu yang betul, anda mampu berfikir dan mengambil langkah-langkah tindakan yang betul dalam menyelesaikan sesuatu konflik rumahtangga.

Salah-satu ilmu penting yang harus anda ketahui dalam perkahwinan ialah apakah yang menjadi punca berlakunya perceraian.

Dengan mengetahui punca-punca tersebut secara lebih mendalam, anda mampu mengelakkan diri anda dan pasangan daripada terjebak dengan punca-punca tersebut sepanjang anda melayari bahtera perkahwinan anda.

Kini terdapat satu panduan lengkap dalam bentuk ebook yang mengupas persoalan tersebut secara terperinci. Ianya ialah ebook “99 Punca Perceraian”.



Saya kira anda WAJIB jadikan ebook ini sebagai salah-satu sumber rujukan anda dalam memberi bimbingan dan panduan ke arah kebahagiaan rumahtangga anda hingga akhir hayat.

Ahad, 29 Mei 2011

5 Tips Mengendalikan Konflik Rumahtangga Secara Berkesan

Dalam melayari bahtera alam rumahtangga, setiap pasangan suami-isteri itu tidak akan lari dari dugaan dan konflik yang saban hari melanda. Itulah realitinya.

Memang pada hakikatnya, istilah ‘happily ever after’ memang tidak wujud sebenarnya dalam dunia perkahwinan sebenar.

Akan tetapi, ini tidak bermakna setiap pasangan suami-isteri seperti anda harus berasa takut atau mudah menyerah kepada takdir semata-mata dalam mengharungi sebarang konflik. Anda perlu bijak dalam menangani isu rumahtangga secera tenang dan berhemah.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan bersama anda 5 tips bagaimana anda boleh mengendalikan sesuatu konflik dalam rumahtangga anda secara berkesan.

TIPS 1: Tetapkan satu matlamat dalam hati anda bahawa anda akan mampu juga akhirnya selesaikan dan tamatkan konflik yang melanda. Bukankah dalam Islam ada mengajar kita bahawa segalanya bermula dengan niat?

Niat yang baik akan mendatangkan kebaikkan kepada hidup anda.

Tetapkan matlamat spesifik yang merangkumi bagaimana pendekatan yang ingin anda ambil, bila anda ingin konflik tersebut selesai dan apakah perkara yang anda bersedia untuk anda bertolak ansur.

TIPS 2: Lakukan muhasabah diri dan fahami apakah yang menyebabkan konflik tersebut terjadi. Apa yang membuatkan anda berasa tertekan. Dari situ, anda hanya perlu fokuskan untuk selesaikan punca tersebut dan akhirnya segala masalah konflik akan mampu ditamatkan.

TIPS 3: Jika anda sedang bertutur dengan pasangan anda, pastikan anda dengar terlebih dahulu apakah yang ingin disampaikan oleh pasangan anda. Bukan anda yang ‘menyerang’ pasangan anda. Setelah dia habis berbicara, barulah anda berfikir secara rasional bagaimana anda ingin memberi tindak-balas (feedback) kepada situasi tersebut.

TIPS 4: Sebelum anda mengambil sebarang tindakan atau keputusan, pastikan keputusan atau tindakan tersebut tidak meninggalkan kesan buruk untuk jangka masa panjang anda berdua. Segala keputusan haruslah berdasarkan kepada kebaikan bersama anda, pasangan anda dan anak-anak anda.

TIPS 5: Tips yang terakhir ialah ketika anda sedang dilanda konflik rumahtangga, banyakkan solat dan berdoa kepada Allah SWT bagi memohon petunjuk serta ketenangan hati agar segala ujian mampu anda laluinya dengan penuh sabar. Mohon banyak-banyak kepada Allah agar diberi petunjuk jalan penyelesaian bagi menamatkan konflik tersebut.

Untuk lebih banyak lagi tips dalam mengendalikan hubungan rumahtangga, anda boleh membaca ebook “99 Punca Perceraian”. Klik sini untuk ketahuinya lebih

Sabtu, 28 Mei 2011

3 Punca Utama Perceraian Yang Tidak Anda Sedari

Terdapat banyak sebenarnya punca yang boleh menyebabkan berlakunya perceraian dalam sesebuah rumahtangga.

Berikut saya kongsikan bersama anda 3 diantaranya. Punca-punca ini dipetik dari ebook “99 Punca Perceraian” http://tinyurl.com/puncacerai

Punca yang pertama ialah kelemahan dalam berkomunikasi sesama pasangan.

Ini merupakan salah-satu punca dan faktor berlakunya perceraian di kalangan pasangan suami-isteri yang paling utama. Ia boleh dikatakan terletak di tangga teratas senarai punca-punca perceraian yang lain.

Komunikasi yang lemah dan tidak berkesan boleh mengundang salah-faham. Ini akan membuatkan samada salah-satu pihak kurang jelas serta kurang faham apa yang disampaikan oleh satu pihak lagi.

Seterusnya membuatkan tafsiran tepat atau pemberian output ketika berkomunikasi itu tidak seperti yang dimaksudkan oleh pemberi mesej.

Dalam bahasa mudahnya, “Lain yang dicakap, lain yang difaham.”

Punca kedua pula ialah tidak bijak mengurus kewangan keluarga dan diri sendiri

Mengikut statistik dan laporan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perlis tahun 2010, masalah dalam pengurusan kewangan keluarga merupakan punca nombor 1 kes perceraian kian meningkat di negeri itu.

Masalah utama dalam hal pengurusan kewangan terjadi akibat daripada wang bulanan yang keluar lebih banyak jumlahnya berbanding wang yang masuk (pendapatan) setiap bulan.
Ini boleh berlaku kerana menanggung hutang yang terlalu banyak dan di luar kemampuan.

Punca yang ketiga ialah tidak mengambil berat tanggungjawab solat 5 waktu sehari semalam.

Walaupun anda fikir perkara ini nampak macam remeh, tapi kesannya memang amat mendalam jika tidak diambil serius.

Pasangan suami-isteri tak kira dua-dua pihak mahupun salah-satunya yang ambil mudah dengan perintah Allah ini, hidup keluarga mereka memang tidak akan sesekali tenteram dan tidak akan mendapat lindungan rahmat Allah.

Hukum solat 5 waktu sehari adalah WAJIB. Jika anda tinggalkannya, anda akan berdosa.

Jika pasangan suami-isteri itu tidak melakukan solat, hati mereka akan mula menjadi ‘hitam & keras’. Lalu teramat mudahlah untuk terjadinya pergaduhan dan konflik yang akan membawa kepada pertimbangan yang tidak rasional seperti cepat melatah.

Lebih teruk lagi, tak mustahil akan berakhir dengan perceraian.

Jumaat, 27 Mei 2011

Setiap 15 Minit, 1 Pasangan Bercerai Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Hormat buat anda. Terima kasih kerana masih menjadi pembaca setia blog ini. Banyak lagi perkongsian bermanfaat yang bakal saya kongsikan bersama anda.

Dalam artikel blogpost pada kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang amat menggemparkan!

Ianya berkaitan dengan kes perceraian yang berlaku di Malaysia pada masa kini.

Tahukah anda pihak JAKIM telah mengeluarkan satu statistik yang amat mengejutkan iaitu untuk setiap 15 minit, akan ada 1 pasangan suami-isteri yang beragama Islam bercerai. Angka kes perceraian tersebut semakin tahun semakin meningkat.

Berikut adalah bukti daripada keratan akhbar online yang membuktikan fakta tersebut:

Akhbar Online Berita Harian: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1perceraiansetiap15minit_Mashitah/Article/index_html

Akhbar Online Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

Fakta ini telah disampaikan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam satu sidang Parlimen.

Memang agak menakutkan juga hakikat realiti yang terpaksa kita terima ini.

Menurut keratan akhbar tersebut, banyak punca yang menyebabkan berlakunya kes perceraian di Malaysia ini. Antaranya adalah kurang menitik-beratkan solat 5 waktu, tidak menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin dalam rumahtangga, kurangnya ilmu berkaitan mengendalikan konflik rumahtangga serta banyak lagi.

Hal ini jika tidak dibendung dari awal usia perkahwinan bakal mengundang perceraian di kemudian hari dalam jangka masa 2-3 tahun akan datang.

Rumahtangga yang tidak harmoni dan dipenuhi dengan kasih-sayang serta pengamalan nilai-nilai murni Islam bakal menuju jalan kehancuran rumahtangga.



Setiap pasangan tak kira si suami mahupun si isteri perlulah sama-sama bekerjasama dalam mengekalkan ikatan perkahwinan agar terus utuh dan bahagia selamanya. Kepincangan dalam rumahtangga boleh berlaku jika salah-satu pihak mengambil ringan dan jalan mudah dalam mengendalikan sesuatu konflik.

Perlu adanya ilmu dan persediaan yang cukup bagi mengelakkan perkahwinan anda berakhir dengan perceraian.

Sebenarnya terdapat banyak lagi punca yang menyebabkan perceraian boleh terjadi. Kebanyakkan punca-punca tersebut mungkin sebenarnya tidak anda sedari bahawa anda mungkin sedang lakukannya.

Khamis, 26 Mei 2011

Saya normal tetapi saya masih tidak hamil?

2 minggu yang lepas ada seorang isteri bertanya kepada saya.

Sekarang usia perkahwinan mereka sudah masuk setahun 2 bulan. Namun mereka masih belum ada tanda-tanda untuk hamil.

Mereka hampa...

Namun mereka tengah giat berusaha untuk mendapat cahaya mata yang pertama.

Saya ada bertanya mengenai bagaimana kitaran haidnya. Dan dia menjawab normal sahaja kitaran haidnya, Tiap-tiap bulan datang seperti biasa.

Kemudian saya bertanya adakah dia pernah mengambil pil perancang. Dan dia menjawab TIDAK.

Kami terdiam seketika...dan saya bertanya lagi. Bagaimana dengan aktiviti seksual mereka?

Dia secara terus terang menjawab bahawa mereka suami-isteri baru sahaja tahu mengenai 'hari-hari subur'.

Jadi sebelum ini mereka tidak pernah menentukan bilakah hari suburnya.

Untuk makluman anda, kegagalan menentukan hari subur wanita adalah salah satu penyumbang kepada kesukaran untuk hamil.

Jadi, tips yang berguna untuk anda adalah dengan melakukan aktiviti seksual sekerap mungkin selepas darah haid berhenti.



Kekerapan disini bermaksud 2 @ 3 hari sekali untuk bersama. Bukan seminggu sekali @ sebulan sekali.

Diharapkan perkongsian saya ini bermanfaat untuk anda.

Rabu, 25 Mei 2011

Fakta Mengejutkan Tentang Kesuburan Lelaki!!

*Artikel ini hanya untuk maklumat semata-mata, bukan bertujuan sebagai diagnosis atau khidmat nasihat profesional. Anda dinasihatkan untuk merujuk kepada doktor bagi sebarang khidmat nasihat atau rawatan.


Penjagaan Gigi Yang Tidak Sempurna Punca Kepada Masalah Kesuburan Lelaki!

Adakah ini satu gurauan?

Oh tidak, ia adalah fakta yang disokong oleh pelbagai kajian-kajian klinikal.

Para pengkaji dari hospital Bikur Holim, Israel, mendapati bahawa penyakit gusi memberi kesan terhadap penghasilan sperma yang sihat.

Manakala sekumpulan pengkaji dari University of Berlin, Germany pula mendapati bahawa rawatan kesuburan terhadap 18 lelaki telah menemui kegagalan. Mereka dapati 18 lelaki ini mengalami masalah gigi dan gusi. Setelah kesemua 18 lelaki ini menjalani rawatan pergigian, didapati 6 daripada isteri mereka telah berjaya hamil.

Dalam suatu kajian yang lain, para pengkaji mendapati sekumpulan lelaki gagal dirawat dengan antibiotik apabila dikesan terdapat bakteria dalam kandungan semen mereka. Kumpulan ini juga didapati mengalami masalah-masalah gigi dan gusi. Kumpulan lelaki ini kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan kecil iaitu kumpulan yang dikawal penjagaan pergigian manakala kumpulan kedua pula masalah pergigian yang tidak dirawat.

6 bulan setelah rawatan pergigian dijalankan, analisis sperma dilakukan sekali lagi. Didapati bahawa 2/3 daripada ahli kumpulan pertama yang menjalani rawatan pergigian menunjukkan sampel sperma yang sihat manakala bagi kumpulan kedua, seprma mereka kekal dalam keadaan 'tidak sihat'.



Bagaimanakah perkaitan antara gigi yang tidak sihat dengan ketidaksuburan lelaki?
Keadaan dimana terdapat jangkitan bakteria pada sperma dikenali sebagai Bacteriospermia. Jangkitan bakteria pada gigi, gusi dan ruangan mulut boleh menyebabkan Bacteriospermia ini. Para pengkaji berpendapat bahawa bakteria ini akan menjangkiti melalui saluran darah ke bahagian-bahagian badan yang lain termasuklah testis. Bakteria ini akan mematikan sperma dan juga menyumbang kepada masalah motiliti dan morfologi sperma.

Oleh itu, pemeriksaan gigi setiap 6 bulan sekali sangat penting bagi mengelakkan sebarang masalah dalam proses untuk mendapat zuriat. Mungkin ia nampak remeh, tapi boleh memberikan impak yang besar terhadap kesuburan.



Bieniek et al., 'Diseases of the masticatory system as possible causal factors of infertility' ZWR (1989) 98(10):850, 852, 854.

Bieniek et al., 'Bacterial foci in the teeth, oral cavity, and jaw: Secondary effects (remote action) of bacterial colonies with respect to bacteriospermia and subfertility in males' Andrologia (1993) 25(3):159-162.

Ensslen et al., 'Male subfertility and oral bacterial diseases' Zentralbl. Gynaekol (1990) 112(13):823-825

Selasa, 24 Mei 2011

Sudah berapa lama anda mengidap keputihan?

Apa yang boleh saya katakan bahawa keputihan tidak boleh lari daripada hidup seorang wanita.



Setiap manusia yang bergelar wanita pasti akan mengalami sejenis jangkitan yang bergelar keputihan.



Apa yang anda sedia maklum bahawa keputihan adalah disebabkan jangkitan bakteria

ataupun kulat.



Cecair lendir berwarna putih atau kehijauan akan keluar bersama-sama dengan bau yang

kurang menyenangkan itulah tanda bahawa diri kita dijangkiti keputihan.



Kadang kala keputihan ini teramat sangat menganggu kehidupan kita sebagai seorang

wanita.



Kita akan berasa segan dan kurang keyakinan diri apabila berhadapan dengan suami.



Bukan itu sahaja, keputihan juga boleh menyumbang kepada penyakit kronik seperti

kanser pangkal rahim.



Jadi, adalah penting kita mengetahui sudah berapa lama kita telah dijangkiti keputihan.







Jika terlalu lama dan terlalu kerap maka cepat-cepat lakukan ujian pap-smear..



Ujian pap-smear amat penting untuk menentukkan adakah pangkal rahim kita normal @ kanser.



Apapun jua keputusannya, langkah terbaik adalah dengan mencegahnya sebelum terlambat.

Isnin, 23 Mei 2011

Gemuk, busuk punca cerai

KUALA LUMPUR 8 Mac - Tubuh badan yang gemuk dan berbau busuk serta tidak menjaga keterampilan diri semasa hendak melakukan hubungan seks merupakan antara faktor yang menyebabkan berlaku penceraian di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.



Beliau memberitahu, kajian rambang yang dilakukan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA) terhadap suami atau isteri yang bercerai mendapati faktor tersebut merupakan perkara utama mengapa mereka bercerai selain daripada masalah kewangan dan sikap pasangan masing-masing.



''Masalah ini bukan sahaja tertumpu kepada wanita tetapi juga kepada lelaki yang dilihat tidak menjaga diri seperti buncit, tidak memberus gigi, mulut berbau busuk dan pelbagai lagi kekurangan dari segi fizikal yang menyebabkan isteri tidak tahan atau tidak dapat menerima.





"Peratus penceraian di Malaysia mencecah 22 peratus sejak beberapa tahun lalu dan dijangka terus meningkat dan antara penyumbang kepada kes-kes tersebut adalah masalah hubungan di antara suami dan isteri yang tidak diselesaikan,'' katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Kempen Wanita Sempurna anjuran Brandout sebuah syarikat perunding imej di sini hari ini.



Murugiah memberitahu, cara terbaik untuk mengurangkan kes-kes penceraian ialah dengan mengadakan kursus-kursus menjadi wanita atau lelaki sempurna dengan mementingkan penjagaan kesihatan diri.



Dari Utusan Malaysia



Ahad, 22 Mei 2011

Saya ada kencing manis tapi saya nak hamil. Bagaimana?

Hari ini saya nak kongsi bersama anda info yang boleh dikatakan penting yang berkaitan kehamilan.



Bagaimana wanita yang mengidap kencing manis ingin hamil?



Untuk makluman anda, wanita yang tidak kontrol kandungan gula dalam darahnya tidak digalakkan untuk hamil.



Namun jika wanita itu stabil kandungan gula dalam darahnya maka ia dibolehkan untuk hamil.



Apabila wanita itu hamil, beberapa ubat kencing manis tidak boleh diambil kerana

dikhuatiri menjejaskan bayi kandungan.







Oleh itu, rawatan seperti suntikan insulin akan diberikan supaya kandungan gula

kekal stabil.



Jika kandungan gula tidak stabil ketika hamil, situasi ini amat bahaya.



Kerana risiko kecacatan bayi dan juga keguguran akan berlaku.



Akhir kata dari saya, wanita yang mengidap kencing manis perlu melakukan perbincangan yang rapi dengan ahli keluarga dan juga doktor perubatan.

Ahad, 15 Mei 2011

Adakah anda sudah bahagia sekarang?

Baiklah, kepada anda yang baru cuba nak berjinak-jinak dengan memikat pasangan TAHNIAH saya ucapkan. Kerana anda adalah salah seorang yang cuba untuk menjaga dan memertahankan kebahagian hubungan anda.

Bagi mereka yang dikategorikan sebagai golongan remaja pastinya keinginan untuk mempunyai teman istimewa pastinya sudah lama dipendamkan disanubari lagi mungkin sejak di bangku sekolah menengah lagi. Setelah tamat belajar,keinginan yang selama ini dipendamkan pasti akan diteruskan,kerana itulah fitrah hidup bagi setiap insan yang digelar sebagai manusia.Keinginan nak kereta besar dan mewah,gaji besar,rumah besar dan yang paling penting sekali adalah nak hidup berdua,atau lebih senang lagi dipanggil hidup berumahtangga.

Jika disekolah,bagi mereka yang sedang dilamun cinta,mereka ini akan dipanggil sebagai cinta monyet,akan tetapi jika sudah menamatkan zaman persekolahan, cinta yang mereka akan cari adalah satu cinta yang amat sejati.Tapi tahukan anda semua bagaimana nak memikat dan menawan cinta yang sejati dan tulus kerana ini semua tidak ada diajarkan dimana-mana sekolah mahupun diperingkat universiti.Jika disekolah apa yang diajarkan oleh cikgu itu boleh lah kita amalkan atau praktikkan,tetapi bagaimana pula tentang cara nak memikat dan menawan cinta idaman kerana ini tidak diajarkan.

Juga bagi mereka yang sudah dikira sebagai otai , walaupun sudah lama berkecimpung di alam dunia yang penuh global ni,tetapi masih lagi tidak bahagia dengan lelaki idaman anda. Pelbagai cara sudah dilakukan tetapi masih lagi jawapannya adalah negatif. Pastinya anda akan kecewa bukan?

Jadi “ Teknik menawan ” yang saya maksudkan adalah , jika anda ingin tahu cara yang betul dan sesuai untuk menonjolkan diri anda supaya setiap mata yang memandang pada anda akan terus terpegun dan terpesona dan cuba untuk mendekati anda,hanya dengan berpandukan cara memikat yang betul sahaja.
Sedangkan nak belajar memandu pun kena pergi ke sekolah memandu,inikan pula nak memikat lelaki? Kenalah belajar cara-cara yang betul dahulukan. Betul tak?..Supaya anda tidak akan membazir masa,tenaga dan yang paling penting sekali adalah wang ringgit anda tidak akan terbang melayang begitu sahaja.

Nasihat saya,jika nak menuntut ilmu carilah guru yang sesuai,tapi kalau nak tahu cara memikat yang betul cari lah buku yang sesuai.Kerana guru/cikgu tidak ada yang mengajar subjek ini.

Sabtu, 14 Mei 2011

Adakah anda tahu apa yang diperlukan untuk memikat lelaki idaman anda?

Assalamu a’laikum dan Salam Sejahtera,

Boleh dikatakan jika semua orang tahu cara nak menawan dan menarik hati lelaki , akan tetapi tidak ramai yang tahu cara menawan yang lebih tepat.Kerana ramai daripada anda telah banyak kali mengalami kegagalan dan masalah dalam perhubungan. Masalah ini ramai yang telah mengalaminya kerana bagi mereka untuk memikat hati lelakiini bukanlah satu seni yang harus dipelajari dan diperhalusi.

Seperti anda memandu kereta,hendaklah menggunakan gear satu dahulu sebelum ke gear dua,tiga dan seterusnya ke gear yang keempat.Jika anda terus ke gear empat maka akan rosaklah gearbox anda itu.Oh ya saya bukannya nak berceritakan tentang kereta tetapi jika anda ingin memulakan untuk memikat lelaki dalam ertikata lain memikat,anda haruslah mengikut langkah demi langkah (step by step).Jika terus hentam sahaja mana boleh dapat,tetapi jika anda ada RM (Ringgit Malaysia)satu almari muka pecah rumah pun boleh dapat perhatian dan memikat hati lelaki ini.

Memikat lelaki itu adalah satu seni yang yang ramai diluar sana tidak mengetahuinya.Kerana seni di dalam memikat itu susah untuk ditonjolkan melainkan bagi mereka yang betul-betul tahu akan keseniannya. Dan disebabkan itulah mereka yang tahu akan kesenian memikat ini tidak pernah hampa atau gagal dalam menjayakan misi mereka itu.

Bukan satu atau dua malah mereka ada berbelas-belas spare tyre,kadang-kadang bagi kita yang langsung tidak ada buah hati atau kekasih hati pasti akan merasa pelik bagaimana mereka ini boleh mendapat teman istimewa dengan cara yang begitu mudah sekali.Pada hal muka kebanyakkan dari mereka itu tak lah ok sangat jika dibandingkan dengan anda sendiri.Rahsianya sangat mudah kerana kebanyakkan dari mereka ini memulakannya mengikut langkah-demi langkah.Yang dahulu didahulukan dan yang kemudian di kemudiankan.Barulah ada mata yang akan memandang tanpa berkelip pada anda.

Untuk memikat hati lelaki ini , anda haruslah mencari satu aset yang dapat menarik dan tidak ada pada orang lain.Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa didalam diri kita ini ada satu aura yang boleh menarik tumpuan orang.Untuk mendapatkan aura ini anda haruslah menyelami dan mendalami akan diri anda sendiri.Bagaimana cara nak menyelami dan mendalaminya?Semuanya ada di dalam
www.tintacinta.com

Kesimpulannya, dalam proses belajar memikat hati lelaki ini,anda seharusnya tahu akan kehendak dan citarasa setiap lelak. Ini akan lebih memudahkan anda untuk meneruskan langkah-langkah yang seterusnya.


Rabu, 11 Mei 2011

Persaingan Semakin Sengit..

Anda sendiri sedia maklum bahawa setiap hari bilangan rakyat Malaysia bertambah, bilangan pelajar turut meningkat, sudah tentu bilangan graduan semakin ramai yang mana bakal menjadi pesaing kepada anak-anak kita.

Perhatikan Fakta-fakta Berikut:
6277 pelajar di seluruh Malaysia dapat A dalam semua mata pelajaran
(SPM 2008)

7987 pelajar di seluruh Malaysia dapat A(A+, A, A-) dalam semua mata pelajaran
(SPM 2009)

139, 207 permohonan bagi kemasukan pelajar ke IPTA bagi sesi 2009/2010
(Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi)

Hanya 3% dari pelajar lepasan menengah yang berjaya ke IPTA
(Education Guide Malaysia Edisi Ke-4)

120,000 pelajar Melayu lepasan SPM dan STPM gagal mendapat tempat di IPTA pada tahun 2005
(Institut Kajian Pertumbuhan Ekonomi Melayu Malaysia, statistik Unit Pengambilan Universiti (UPU))

Kumpulan tersebut mempunyai kelayakan yang mencukupi tetapi gagal melanjutkan pengajian ekoran bilangan tempat yang sangat terhad
(Utusan Malaysia, 13 Julai 2005)

Kita perlu sedar akan perkara yang bakal anak-anak kita tempuhi pada masa yang akan datang iaitu:

Persaingan!!!

Statistik di atas adalah bagi tahun 2008 dan 2009. Kalaulah sekarang anda ada anak umur 7 tahun. Adakah 10 tahun lagi statistik tersebut tidak ada peningkatan? Kalau sedang mengandung, fikirkan bagaimana persaingannya 17 tahun lagi. Mungkin anda juga perasan bahawa ibu-bapa sekarang berlumba-lumba menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat perkembangan minda yang memerlukan kos beribu-ribu ringgit? Lain lagi kos-kos bagi buku-buku pendidikan dan alat-alat permainan bagi rangsangan minda.

Persaingan untuk mendapatkan biasiswa!!… Kalau dulu, hampir semua pelajar Melayu yang masuk universiti dapat biasiswa atau dermasiswa (barangkali zaman anda dulu). Tapi sekarang sudah berubah, kalau pelajaran tak seberapa, alamat tak dapat lah nak mengharapkan biasiswa. Ibu bapa terpaksa mengeluarkan modal yang besar untuk membiayai pelajaran anak yang semakin meningkat.

Namun bagi pelajar cemerlang seperti adik Nik Nur Madihah yang memperolehi 20A SPM 2008, tawaran datang mencurah-curah..

Perbelanjaan pendidikan anak-anak pada peringkat awal jauh lebih bermakna daripada perbelanjaan ketika mereka sudah dewasa.

Selasa, 10 Mei 2011

RAHSIA ANAK PINTAR

Sebuah ebook yang membongkar rahsia menjadikan anak pintar cerdas bukan sahaja dari sudut intelek, malah merangkumi emosi dan rohani yang merupakan keperluan penting dalam hidup.

Ebook Rahsia Anak Pintar mendedahkan hasil kajian-kajian Barat dan panduan pendidikan anak berasaskan amalan Ilmuan Islam terdahulu yang telah mengungguli dunia.

Kandungan Ebook Rahsia Anak Pintar mengenengahkan amalan-amalan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa sewaktu anak di dalam kandungan sehingga anak-anak di peringkat remaja bagi meningkatkan kecerdasan minda mereka

Isnin, 9 Mei 2011

Mahukan Anak Pintar Cerdas? Mesti Baca Ini..

Baru-baru ini saya terfikir satu persoalan. Apakah agak-agaknya yang bakal anak-anak saya hadapi dimasa yang akan datang? Dunia semakin mencabar. Kita boleh lihat bagaimana kos hidup semakin meningkat dengan begitu mendadak sekali. Harga rumah melambung naik. Nilai hartanah juga semakin meningkat dan semakin terhad peluang untuk memiliki hartanah yang berkos sederhana. Bukan itu sahaja, bahan-bahan keperluan asas seperti makanan juga semakin hari, semakin naik. Bagaimana agaknya 10-20 tahun lagi?

Cuba lihat sekeliling kita. Pusat-pusat tusyen tumbuh bagai cendawan kerana banyak permintaan. Setiap ibu bapa seolah-olah bertanding dengan keputusan peperiksaan anak-anak mereka dan berbangga-bangga jika anak mereka mendapat keputusan yang baik. Bagaimanalah agaknya anak-anak kita ya?

Nampaknya, memang anak-anak kita perlu ‘outstanding’ dalam pelajaran kerana itulah penilaian masyarakat sekarang ini. Tapi persoalan yang timbul adalah;

Apakah anak kita dilahirkan pintar?

Anak saya lemah di sekolah! Adakah masih ada peluang unutk mengubahnya?

Persoalan-persoalan ini terjawab apabila saya terjumpa satu laman web berikut



Rupa-rupanya, kepintaran anak boleh dijana. Selama ini kita tertipu dengan mitos yang ditanam penjajah bahawa kepintaran anak adalah factor genetic semata-mata. Kita sering anggap anak-anak mat salleh semua pandai-pandai. Rupa-rupanya, anak kita juga berpotensi menunjukkan prestasi yang baik jika kita sebagai ibu bapa dapat memberikan peluang dan rangsangan yang betul. Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam menjana kepintara anak sangat besar pengaruhnya.

Kata-kata pakar berikut mengukuhkan lagi kenyataan di atas.

"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"

Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

"All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"

R. Buckminster Fuller

Ebook ini bertajuk [Rahsia Anak Pintar]. Penulis ebook ini telah membuat suatu pendedahan yang bakal membuka mata para ibu bapa. Ia ditulis berdasarkan pengalaman mendidik anak selama 16 tahun. Konsep ebook ini adalah dari Ibu Bapa kepada Ibu Bapa. Sudah tentu gaya penyampaiannya berbeza dengan penyampaian pakar-pakar pendidikan dan motivasi yang terlalu teoritikal. Penulis mengakui bahawa mereka bukan pakar, sebaliknya ibu bapa biasa seperti kita juga. Tetapi dengan sedikit ilmu pengetahuan dan kesungguhan, mereka telah berusaha mendidik dan merangsang anak-anak mereka sejak dari kandungan lagi.

Dengan harga yang berpatutan, rasanya kita tak perlu berfikir panjang unutk memiliki ebook ini. Adakah kita terlalu berkira-kira untuk mengeluarkan kos bagi pendidikan anak-anak?

Ahad, 8 Mei 2011

Amalkan petua ini..

Sebenarnya kita tidaklah perlu mempunyai rupa paras yang cantik/cun/hansem untuk menambat hati seseorang,tetapi yang paling penting ialah keikhlasan dan kejujuran adalah perkara asas yang wajib anda tahu terlebih dahulu.


Keikhlasan dan kejujuran akan jelas terpampang di raut wajah sekiranya kita memang jujur dan ikhlas untuk mencintai orang lain. Cintai diri anda sendiri dahulu sebelum anda cuba untuk mencintai orang lain.


Yelah kan...


Jika anda tidak jujur dan ikhlas mencintai diri anda sendiri bagaimana pula orang lain mahu mencintai diri anda. Keikhlasan dan kejujuran yang
saya maksudkan ialah penampilan dan keterampilan anda perlulah dijaga.


Tips sikit...



Kebersihan,cara pemakaian,pergaulan dan sebagainya perlulah dijaga kerana walau sebesar kuman pun kesilapan anda lakukan,pastinya ianya akan menjadi buah mulut orang lain. Akan tetapi jika sebesar gunung pun kebaikan yang anda lakukan belum pasti ianya akan mendapat pujian dari orang lain.

Khamis, 5 Mei 2011

Pengusaha taska pasti ketar lutut

"Semalam saya dan abang meronda sekitar kawasan perumahan kami dan melawat 2 taska yang berhampiran bagi menempatkan anak-anak abang saya ketika mereka suami isteri berkerja.

Saya memang dah baca 2-3 kali ebook tersebut. Walaupun isi kandungannya saya tidak 100% ingat, tapi ia sangat-sangat berguna ketika saya mengemukakan soalan kepada owner taska tersebut. Yang pentingnya, saya tahu apa yg perlu ditanya. Ada salah satu owner tergagap-gagap nak jawab bila saya tanya tentang JKM.

Bila saya tanya berapa kanak-kanak dan berapa penjaga yg ada, saya dah boleh tahu sama ada taska tersebut mematuh peraturan atau tidak.

Kesimpulannya, ebook puan ni memang sangat berguna untuk dijadikan rujukan dan dalam kes saya, ia benar-benar datang ketika saya perlukan satu panduan bagi memilih taska."
-Ummu 'Aisyah-

Seperti yang saya katakan sebelum ini antara rahsia yang terdapat dalam ebook panduan ini adalah berkenaan tentang persoalan WAJIB yang perlu diajukan kepada pihak TASKA. Antara perkara yang paling penting adalah anda perlu mengetahui sama ada TASKA tersebut berdaftar ataupun tidak.

Saya kira panduan ini cukup lengkap bagi rujukan anda dan pasangan nanti. Sekurang-kurangnya andda telah dapat menjimatkan masa. Namun apa yang istimewanya ebook panduan ini :
1) Pendedahan berkaitan peranan dan kepentingan pusat asuhan atau pengasuh.
2) 7 langkah dalam membuat pilihan Taska yang terbaik.
3) Semakan Taska pilihan sama ada menepati sembilan (9) kriteria yang wajib dimiliki.
4) Mengetahui 7 kriteria yang wajib dimiliki oleh seorang pengasuh.
5) Penerangan berkenaan penderaan dan jenis-jenis penderaan secara terperinci.
6) 20 soalan wajib yang perlu diajukan kepada pihak Taska sebelum mendapatkan perkhidmatan yang disediakan.
7) Checklist Memilih Taska yang mengandungi senarai semak terhadap kriteria-kriteria Taska dan pengasuh bertugas.

Dan banyak lagi sebenarnya! Ini tidak termasuk bonus lagi yang saya berikan.

Pendedahan sebegini amat kurang lebih-lebih lagi permasalahan yang dihadapi oleh ibu bapa menyukarkan mereka untuk membuat pilihan. Biarkan panduan ini yang membantu anda. Demi masa depan anak-anak, anda perlu membuat keputusan yang bijak.

p/s : Antara perkara yang menarik adalah tentang 20 soalan wajib. Kalau satu soalan depa (pihak TASKA) terketar-ketar nak jawab, sah-sahlah mereka banyak masalah. Kalau tak daftar lagilah masalah. Anda nak tahu ke? Jom dapatkan ebook ini sekarang! =) http://tinyurl.com/pilihtaska1

Artikel disedut dari http://petuakahwin.blogspot.com/

Rabu, 4 Mei 2011

Endometriosis, antara punca pelbagai masalah yang menghalang wanita untuk hamil.

Kenali Endometriosis yang menjadi punca wanita susah untuk hamil. Endometriosis merupakan antara penyakit yang amat luar biasa dimana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh diluar rahim.

Antara masalah yang sering timbul daripada penyakit ini ialah senggugut. Wanita itu seringkali mengalami senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut yang dialami itu mungkin berpanjangan. Malah, wanita tersebut juga mungkin telah mengalaminya sejak remaja lagi. Ramai wanita yang dilaporkan mempunyai masalah sukar untuk hamil ialah kerana senggugut yang dialami itu begitu teruk.

Endometriosis juga menyebabkan masalah ketidaksuburan. Ramai wanita yang tidak menyedari masalah ini wujud dalam tubuh mereka. Ini kerana, mereka hanya mendapati diri mereka sukar untuk hamil sedangkan masalah ketidaksuburan untuk berpunca daripada penyakit endometriosis. Ianya juga mungkin berlaku selepas wanita itu melahirkan anak pertama dan mereka sukar hamil untuk kali yang seterusnya.

Keguguran yang dialami oleh beberapa wanita juga ada kemungkinan disebabkan penyakit endometriosis. Ia selalunya dapat dikenalpasti apabila kehamilan gugur pada peringkat awal. Ianya terjadi kerana penyakit endometriosis menyebabkan gangguan pada hormon wanita. Tambahan pula, ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau mengganggu pertumbuhan janin. Wanita yang mengalami masalah ini berkemungkinan boleh gugur berulang-kali.

Selain itu, kemandulan juga boleh berlaku kerana oleh penyakit endometriosis. Pelbagai fakta boleh diberikan antaranya ialah kilang ovum (benih wanita) menjadi rosak dan menghalangnya dari mengeluarkan benih. Kerosakan pada falopian tiub juga boleh berlaku dan menyebabkan sperma (benih lelaki) tidak bertemu dengan ovum. Dengan itu, proses persenyawaan tidak akan berlaku. Gangguan-gangguan hormon juga mungkin berlaku dan mengganggu kawalan kesuburan wanita.

Apa yang perlu diketahui lagi ialah, penyakit ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Ini kerana, jika wanita itu menghadapinya untuk jangka masa yang panjang, akan berlaku satu ketumbuhan yang dikenali sebagai ovarian cysts ataupun chocolate cysts apabila 'darah kotor' berkumpul.

Bagaimana untuk mengatasi masalah yang disebabkan oleh penyakit endometriosis ini? Saya ingin mengesyorkan kepada anda Set Permata Hatiku daripada Khasiat Bumi Trading. Produk ini adalah berasaskan herba tradisional tempatan. Kapsul herba C-Hat Ceria terbukti dapat melegakan keputihan dan masalah senggugut. Ada pengguna produk ini memberitahu, setelah mengamalkan Set Permata Hatiku, senggugut teruk yang dialami beliau bertahun-tahun hilang. Beliau berjaya hamil dan menimang cahaya mata apabila masalah senggugut yang dialami itu hilang.

Kandungan herba dalam kapsul L-Hir dapat membantu mengatasi masalah ketidaksuburan. Ini kerana, kapsul tersebut yang mengandungi elemen anti-oksida dalam melancarkan perjalanan dan kitaran haid supaya lebih teratur. Ia juga mengandungi unsur yang boleh meningkatkan hormon progesteron pada wanita. Kapsul tersebut terbukti menyelesaikan masalah ketidaksuburan yang dialami oleh wanita.

Keguguran yang disebabkan endometriosis juga boleh diatasi dengan kandungan herba C-Hat Ceria. Ini kerana, khasiat herba tersebut dapat mencuci dan membersihkan racun yang terdapat dalam rahim. Ia juga dapat melindungi daripada gangguan hormon yang boleh mengganggu pertumbuhan janin. Dinding rahim juga akan menjadi lebih kuat dan menurunkan kemungkinan wanita itu gugur.

NOTA: Klik disini > untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai herba Set Permata Hatiku.

Selasa, 3 Mei 2011

Bagaimana mungkin cacing menjangkiti tubuh anak anda?

Dari Majalah Rapi Bil 13

Pertanyaan yang sering berlegar di fikiran ibu bapa tatkala zuriat yang dikasihi menghadapi masalah ini. Adakalanya mungkin ramai yang menyedarinya tetapi malu untuk mengakui. Mengapa harus geli? Ini hakikat untuk anda hadapi!

Jangkitan cacing sering berlaku di kalangan kanak-kanak berumur di antara dua hingga tujuh tahun. Jangkitan cacing berlaku dengan pengalaman kebersihan kurang baik seperti:

1) Tidak mencuci tangan selepas keluar dari tandas
2) Tidak mencuci tangan sebelum makan
3) Bermain dengan tanah yang kotor di luar rumah dan tidak mencuci tangan dengan bersih selepas bermain.

Nota: Cara penyebaran adalah secara fecal-oral bermaksud dari saluran najis ke mulut, sebab itu ia lebih sering berlaku kepada kanak-kanak yang tidak menjaga kebersihan diri.

Artikel disedut dari http://petuakahwin.blogspot.com/

Isnin, 2 Mei 2011

Kenapa Anda Harus Memilih TASKA?

Tahukah anda bahawa TASKA merupakan kelolaan pihak JKM dan diletakkan di bawah Program Kesejahteraan Rakyat (PKR) atau Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Malaysia.

Saya menyarankan agar anda menjadikan TASKA sebagai satu pilihan terbaik untuk
tujuan penjagaan anak anda nanti. Selain mendapat sokongan daripada pihak kerajaan, TASKA juga dilihat mampu memberikan perkhidmatan terbaik antaranya seperti menyediakan pengasuh yang terlatih, pendedahan tetntang pendidikan awal anak-anak
dan lain-lain lagi.

Tetapi AWAS!
Pemilihan TASKA bukanlah mudah seperti yang disangkakan sebelum ini.

"Aik, tadi awak kata TASKA pilihan terbaik"

Dengar dulu, Sebelum ini Berita Harian pernah melaporkan bahawa kes bayi mati akibat tercekik susu adalah datangnya dari sebuah TASKA di Putrajaya dan Johor Bharu. Hasil siasatan mendapati TASKA tersebut sama sekali tidak berdaftar dengan pihak berwajib. Ini sedikit sebanyak menyebabkan timbulnya kekeliruan di kalangan ibu bapa.

http://tinyurl.com/pilihtaska1

Saya boleh membantu anda untuk menangani masalah ini. Hasil daripada pengalaman sebelum ini, sebuah panduan memilih TASKA telah berjaya diterbitkan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat ebook panduan ini. Sekiranya anda kurang berkeyakinan, randa boleh lihat testimonial yang telah mendapatkan panduan ini. Jangan berlengah lagi, saya percaya anda akan membuat tindakan yang bijak.


http://tinyurl.com/pilihtaska1

Ahad, 1 Mei 2011

Mahu anak pintar dan sihat?

Kita sedia maklum bahawa pembesaran bayi yang sihat adalah bergantung kepada cara pemakanannya. Ia merupakan elemen penting yang perlu dititikberatkan.

Namun timbul masalah besar apabila anda dan pasangan sibuk memikirkan sebuah pusat jagaan yang mampu memberikan jaminan keselesaan dan keselamatan terhadap anak anda nanti. Kes-kes seperti penderaan sering terpapar di dada-dada akhbar dan ini sangat membimbangkan terutamanya kepada ibu bapa.

Walau bagaimanapun, saya sangat mengesyorkan agar memilih TASKA sebagai pilihan tepat untuk penjagaan anak roshaizul nanti. Mungkin anda keliru, apa itu TASKA? Dan apa kaitannya dengan TADIKA, TABIKA, PASTI, KEMAS dan pusat-pusat asuhan yang lain.

Secara ringkasnya penubuhan TASKA adalah untuk meringankan beban para ibu bapa yang berpendapatan rendah dengan dikenakan yuran perkhidmatan yang rendah. Penubuhan TASKA juga bukanlah semata-mata sebagai pusat jagaan sahaja, malah TASKA juga
adalah pusat pendidikan awal untuk kanak-kanak yang berumur empat tahun ke bawah.

Anda boleh dapatkan ebook Panduan Memilih Taska di sini.
http://tinyurl.com/pilihtaska1

Anda masih buntu?

Tidak mengapa, mungkin anda perlu mengambil masa untuk berfikir. Untuk makluman anda, saya telah menyediakan sebuah ebook berkenaan Panduan Memilih TASKA. Saya percaya panduan ini akan membantu anda dan pasangan dalam memilih TASKA manakah yang sesuai. Jangan berlengah, anda boleh dapatkan ebook Panduan Memilih Taska di sini.

http://tinyurl.com/pilihtaska1


p/s : Oh ya, jangan ambil remeh soal ini. Saya percaya anda mampu membuat pilihan demi anak-anak kelak. Jangan biarkan generasi anak-anak kita menjadi mangsa pusat penjagaan yang tidak bertanggungjawab.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...