Oleh Suzan Ahmad
2011/08/21
Amalan usia muda, pemakanan salah kekang tua secara aktifBENARKAH lelaki hanya berjumpa doktor sedangkan wanita sebaliknya lebih beruntung kerana kehamilan membawa mereka mendapatkan khidmat doktor seawal mungkin?
Andai itu benar, bagaimanakah kita mahu memanfaatkan usia selama mungkin, termasuk melakukan pelbagai aktiviti biarpun sudah mencecah usia atau bergelar warga emas? Ini penting kerana jika dulu, tugasan menjaga orang tua lazimnya di bahu keluarga atau anak-anak tetapi sekarang, berdasarkan perkembangan semasa, peranan itu turut diambil alih pihak kebajikan atau rumah orang tua berbayar bagi yang berkemampuan.
“Mereka ini boleh diharap dan boleh terus menyumbang secara efektif kepada masyarakat keseluruhannya. Bagaimanapun, berdasarkan senario semasa, ramai masyarakat dunia pada masa ini lebih dihimpit permasalahan kesihatan yang meruncing.
“Disebabkan perubahan gaya hidup, masyarakat bukan saja cenderung untuk terlalu menikmati tetapi juga banyak makan hingga malas. Ramai tidak aktif kerana banyak menghabiskan masa duduk di depan komputer, kedai kopi, kelab, di depan TV dan terlalu sedikitnya aktiviti senaman yang membakar lemak,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.
Dr Sahabudin menyifatkan statistik perbandingan ini menunjukkan rakyat Malaysia tidak begitu sihat bukan saja dewasa tetapi juga generasi muda. Malah anak-anak yang duduk lama di depan komputer juga cenderung untuk kuat makan seperti makanan segera, kerana bosan atau juga tekanan.
Perkembangan itu, katanya, membawa kepada kemunculan golongan lelaki yang bukan saja tidak sihat, tetapi juga tidak subur dan terjejas kelelakiannya.
“Aktiviti yang ditekankan sesetengah ibu bapa - keluar membeli-belah, menonton wayang, mengamalkan makanan segera misalnya turut menyumbang kepada peningkatan ketidaksuburan dan masalah mati pucuk.
“Satu kajian di Malaysia juga menunjukkan 70 peratus lelaki berusia 50 tahun ke atas tidak aktif secara seksual. Mungkin ramai yang menganggap ‘pil ajaib’ adalah jawapannya namun, kita perlukan pendekatan menyeluruh termasuk faktor isteri, jenis diet, mengapa tidak bersenam dan perubahan gaya hidup yang perlu dibuat,” katanya.
Semakin meningkat usia seorang lelaki, mereka juga secara seksual semakin lemah, dan keadaan ini dipanggil andropause tetapi sebenarnya ia adalah perubahan akibat tahap hormon yang rendah. Hormon testosteron mengurangkan otot saiz, lebih lemak dan kurang otot, tulang menjadi lemah dan cenderung untuk mudah gemuk pada bahagian perut.
Mereka juga kebal insulin yang mana hati tidak dapat memanfaatkan insulin. Tahap kolesterol juga meningkat dan terus ke saluran darah menyebabkan tekanan darah tinggi. Disebabkan obesiti, tahap hormon cortisol meningkat dan merendahkan testosterone pada lelaki berusia 40 hingga 70 tahun. Malah, lebih 20 peratus lelaki di Malaysia mempunyai tahap testosterone rendah yang boleh menyebabkan diabetes, hipertensi, penyakit jantung, tulang retak selain mengurangkan keghairahan terhadap seks.
“Golongan lelaki ini juga mudah berasa letih, lesu dan penat yang melampau sehinggakan tiada tenaga untuk melakukan aktiviti. Waktu tengah hari sudah mengantuk, prestasi seks juga terganggu, mental tertekan hanya kerana testosterone rendah,” katanya.
Lebih memburukkan keadaan, kata Dr Sahabudin, penyelidikan lalu turut menunjukkan 70 peratus lelaki berusia lebih 50 tahun mengalami masalah mati pucuk atau Erectile Dysfuction (ED). Masalah ED adalah tanda-tanda awal terhadap masalah kesihatan lain seperti kencing manis dan hipertensi.
“Tatkala usia semakin meningkat, anda perlu faham berapa banyak tekanan yang boleh diterima oleh tubuh. Jadi pilihan untuk menikmati usia tua dalam keadaan cergas dan efektif terletak dalam tangan anda dan semuanya harus bermula dari amalan gaya hidup yang baik. Malah semua masalah kesihatan yang dinyatakan punya cara untuk mengubatinya hanya jika ia dikesan dan dirawat awal," katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan