Rabu, 21 Mac 2012

Setiap 15 Minit, 1 Pasangan Bercerai Di Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Hormat buat anda. Terima kasih kerana masih menjadi pembaca setia blog ini. Banyak lagi perkongsian bermanfaat yang bakal saya kongsikan bersama anda.

Dalam artikel blogpost pada kali ini, saya ingin berkongsi sesuatu yang amat menggemparkan!

Ianya berkaitan dengan kes perceraian yang berlaku di Malaysia pada masa kini.

Tahukah anda pihak JAKIM telah mengeluarkan satu statistik yang amat mengejutkan iaitu untuk setiap 15 minit, akan ada 1 pasangan suami-isteri yang beragama Islam bercerai. Angka kes perceraian tersebut semakin tahun semakin meningkat.

Berikut adalah bukti daripada keratan akhbar online yang membuktikan fakta tersebut:

Akhbar Online Berita Harian: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/1perceraiansetiap15minit_Mashitah/Article/index_html

Akhbar Online Utusan Malaysia:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0304&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm

Fakta ini telah disampaikan sendiri oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dalam satu sidang Parlimen.

Memang agak menakutkan juga hakikat realiti yang terpaksa kita terima ini.

Menurut keratan akhbar tersebut, banyak punca yang menyebabkan berlakunya kes perceraian di Malaysia ini. Antaranya adalah kurang menitik-beratkan solat 5 waktu, tidak menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin dalam rumahtangga, kurangnya ilmu berkaitan mengendalikan konflik rumahtangga serta banyak lagi.

Hal ini jika tidak dibendung dari awal usia perkahwinan bakal mengundang perceraian di kemudian hari dalam jangka masa 2-3 tahun akan datang.

Rumahtangga yang tidak harmoni dan dipenuhi dengan kasih-sayang serta pengamalan nilai-nilai murni Islam bakal menuju jalan kehancuran rumahtangga.

Setiap pasangan tak kira si suami mahupun si isteri perlulah sama-sama bekerjasama dalam mengekalkan ikatan perkahwinan agar terus utuh dan bahagia selamanya. Kepincangan dalam rumahtangga boleh berlaku jika salah-satu pihak mengambil ringan dan jalan mudah dalam mengendalikan sesuatu konflik.

Perlu adanya ilmu dan persediaan yang cukup bagi mengelakkan perkahwinan anda berakhir dengan perceraian.

Sebenarnya terdapat banyak lagi punca yang menyebabkan perceraian boleh terjadi. Kebanyakkan punca-punca tersebut mungkin sebenarnya tidak anda sedari bahawa anda mungkin sedang lakukannya.

Layari laman http://tinyurl.com/cerai99 berikut untuk mengetahui lebih banyak punca yang boleh menyebabkan perceraian berlaku.

Klik banner berikut untuk lawati laman Punca Cerai:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...